Friday 12 October 2012

Wednesday 10 October 2012

Pameran Mutiara Kata Pendeta Za'ba

Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan ini satu pameran Mutiara Kata Pendeta Za'ba sedang diadakan di lobi Pusat Sumber.
Tarikh : 8-19 Oktober 2012
Masa: 8.30 am - 5.30 pm
Kepada Semua Yang telah hadir Diucapkan Ribuan Terima Kasih

Monday 8 October 2012

Koleksi Melewar

Koleksi Melewar merupakan pusat simpanan segala hasil penerbitan ilmiah yang diterbitkan daripada jabatan-jabatan dan unit -unit di IPG Kampus raja Melewar. Buat masa ini kami akan memaparkan tajuk-tajuk yang terdapat di dalam sesuatu penerbitan tersebut manakala teks penuh boleh dirujuk di Pusat Sumber. Semua bahan Koleksi Melewar ini telah ditandakan dengan label kuning dan dilengkapi dengan nombor untuk memudahkan pengguna mengakses.


1.  Wacana Pengamal Reflektif  2012. Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Raja Melewar
2.    Keberkesanan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Terhadap Kemampuan Membaca  Murid murid Tahun Satu. IPG Kampus Raja Melewar.
3.   Tinjauan Kefahaman Patriotisme Dalam Kalangan Pelajar Institut Perguruan Kajian Kes di Institut Perguruan  Raja Melewar Seremban, Negeri Sembilan. Nadarajan Marimuthu, Jabatan Ilmu Pendidikan, 2006
4.    Tahap Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru pelatih  KPLI (M) Maktab Perguruan Raja Melewar Sewaktu Menjalani Praktikum. Mohd Aris Bin Othman, Hajah Siti fatihah Binti Abdullah, Hajah Asmah Binti Abd Rahman, Jabatan Kajian Sosial, 2004.

 5.   Jangkaan Pelajar Terhadap Sekolah Yang Mereka Ingini.  Amanah bt Mohd noor, Jamaliah bt hashim, Johari bin Talib,bt. Abdullah Rosaini bt Khalid, Sansinah bt. Hashim, Siti Fatihah bt Abdullah,  2002.
6.  Tahap Kecerdasan Pelbagai Pelajar-Pelajar PraPISMP Di Institut Perguruan Raja Melewar, Seremban. Ravi Balan a/l P. Arumugam, Muniandy a/l Varathan, Palani a/l Krishnasamy, 2007

Sunday 7 October 2012

Thursday 4 October 2012

Jurnal Penyelidikan Terkini

Setiap penerimaan bahan perpustakaan akan dipaparkan di dalam blog ini. Anda boleh klik setiap ikon yang dipaparkan untuk melihat teks penuh. Setiap bahan akan dipaparkan teru dalam repositori digital kami.

1. Jurnal UKM yang baru diterima 


Wednesday 12 September 2012

Lawatan Penanda Aras Ke IPG Tun Husein Onn Batu Pahat





Pusat Sumber IPG Kampus Raja Melewar telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke Pusat Sumber IPG Tun Husein Onn Batu Pahat Johor pada 12 September 2012. Lawatan tersebut telah disertai oleh 8 orang kakitangan perpustakaan.
 
Kami telah disambut oleh En. Razalai, Ketua Pusat Sumber (KPS). Seterusnya, kami telah diberi penerangan ringkas berkenaan fungsi Perpustakaan UTHM dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka. 

Lawatan ini juga bertujuan untuk melihat model dan aplikasi secara online yang telah dipraktikkan oleh Pusat Sumber mereka, ini secara tidak langsung, sesi penerangan dan lawatan  tersebut telah memberikan kami peluang untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan berkenaan perkhidmatan perpustakaan dan aktiviti-aktiviti untuk peningkatan kualiti perkhidmatan.

Monday 10 September 2012

Jurnal Melewar

Jurnal Melewar merupakan himpunan hasil kajian dan penyelidikan warga IPG Kampus Raja Melewar Seremban. Berikut merupakan himpunan artikel penulisan dari setiap jurnal yang terhasil.

1. Bil. 2 Jul-Dis 1995
2. Bil. 3 Jul-Dis 1997
3. Bil. 4 Nov 1998
4. Bil. 5 Nov 1999
5. Bil. 7 Jun 2003
6. Bil. 8 Okt 2004
7. Bil. 9 Ogos 2005
8. Bil. 10 Sept 2006
9. Bil. 11 Ogos 2007
10. Bil. 12 Ogos 2008


Mukaddimah

Perpustakaan IPGKRM akan memberikan maklumat terkini khususnya bahan/kandungan yang diterima di dlam blog ini. Anda boleh mencari bahan berdasarkan subjek dan bahan yang dipaparkan.

Friday 17 August 2012

Pertandingan Mewarna

Sempena Kempen Bulan Kemerdekaan 2012 satu pertandingan mewarna telah diadakan di ruang legar Pusat Sumber. Majlis Telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan En Baharum Sharif. Seramai 23 orang perserta yang  terdiri daripada kanak-kanak Pra sekolah IPG Kampus Raja Melewar telah menyertai pertandingan ini.


Thursday 7 June 2012

Peta Buku Negeri Sembilan 2012

Satu lawatan ke pameran Pesta Buku Negeri Sembilan Anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan telah diadakan pada 6 Jun 2012. Lawatan ini telah disertai oleh Semua Staf Pusat Sumber.






Thursday 24 May 2012

Kursus Pendigitan Bahan 2012

Satu bengkel pendigitan bahan sumber maklumat telah diadakan pada 23 Mei 2012. Bengkel ini telah diadakan di Bilik Biduanda Pusat Sumber IPGKRM. Bengkel selama 3 jam ini telah disampaikan oleh En. Fuad dan En. Huzaifah  iaitu Pensyarah dari Jabatan Tenologi Pendidikan.
Selama 3 jam peserta yang terdiri daripada staf Pusat Sumber telah ditunjukkan cara-cara mengendalikan bahan dan peralatan untuk membuat imbasan (scan) dengan betul. Antara objektif utama bengkel ini adalah untuk menyimpan bahan pusat sumber dalam bentuk pdf dan memudahkan pengguna mengakses bahan tersebut dengan cepat dan mudah.



Wednesday 9 May 2012

Taklimat U-Library

Satu Taklimat ringkas telah disampaikan oleh En. Zainudin dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri  Sembilan. Majlis yang berlangsung pada 8 Mei 2012 ini telah dihadiri oleh seremai 30 orang jemputan yang terdiri daripada pelajar IPGKRM dan orang awam. Majlis initelah diadakan di Bilik Micro Teaching Jabatan Teknopen.




Perkhidmatan u-Pustaka merupakan satu inovasi yang memanifestasikan sinergi kolaboratif dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan sokongan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta ahli-ahli Konsortium u-Pustaka seperti berikut:
Seiringan dengan itu, Projek Perintis u-Pustaka direalisasikan menerusi kolaborasi inovatif bersama/dengan agensi-agensi berikut:

Friday 16 March 2012

Lawatan Penanda Aras Ke IPG Perempuan Melaka

Satu Lawatan Penanda Aras ke IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka  telah berjaya dilaksanakan pada 15 Mac 2012. Lawatan ini telah disertai oleh 13 orang Library Tutor IPGKRM dan enam orang staf Pusat Sumber. Antara tujuan utama lawatan ini adalah untuk melihat perkhidmatan, aktiviti dan teknologi yang digunakan oleh perpustakaan IPG lain. Rombongan kami telah disambut oleh Ketua Pusat Sumber Encik Nasharudin dan kakitangannya.


Tuesday 31 January 2012

Pameran Raja Kita Negeri Sembilan 2012

Satu pameran Raja Kita bersempena Hari Keputeraan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir yang ke-64 telah diadakan di ruang legar Pusat Sumber IPGKRM. Pameran yang berlangsung dari 25-27 Januari 2012 ini telah menarik minat para pelajar dan staf untuk mengetahui lebih dekat pemerintah Negeri Sembilan sejak dahulu hingga kini.