Wednesday 12 September 2012

Lawatan Penanda Aras Ke IPG Tun Husein Onn Batu Pahat





Pusat Sumber IPG Kampus Raja Melewar telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke Pusat Sumber IPG Tun Husein Onn Batu Pahat Johor pada 12 September 2012. Lawatan tersebut telah disertai oleh 8 orang kakitangan perpustakaan.
 
Kami telah disambut oleh En. Razalai, Ketua Pusat Sumber (KPS). Seterusnya, kami telah diberi penerangan ringkas berkenaan fungsi Perpustakaan UTHM dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka. 

Lawatan ini juga bertujuan untuk melihat model dan aplikasi secara online yang telah dipraktikkan oleh Pusat Sumber mereka, ini secara tidak langsung, sesi penerangan dan lawatan  tersebut telah memberikan kami peluang untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan berkenaan perkhidmatan perpustakaan dan aktiviti-aktiviti untuk peningkatan kualiti perkhidmatan.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.