Thursday 24 May 2012

Kursus Pendigitan Bahan 2012

Satu bengkel pendigitan bahan sumber maklumat telah diadakan pada 23 Mei 2012. Bengkel ini telah diadakan di Bilik Biduanda Pusat Sumber IPGKRM. Bengkel selama 3 jam ini telah disampaikan oleh En. Fuad dan En. Huzaifah  iaitu Pensyarah dari Jabatan Tenologi Pendidikan.
Selama 3 jam peserta yang terdiri daripada staf Pusat Sumber telah ditunjukkan cara-cara mengendalikan bahan dan peralatan untuk membuat imbasan (scan) dengan betul. Antara objektif utama bengkel ini adalah untuk menyimpan bahan pusat sumber dalam bentuk pdf dan memudahkan pengguna mengakses bahan tersebut dengan cepat dan mudah.



Wednesday 9 May 2012

Taklimat U-Library

Satu Taklimat ringkas telah disampaikan oleh En. Zainudin dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri  Sembilan. Majlis yang berlangsung pada 8 Mei 2012 ini telah dihadiri oleh seremai 30 orang jemputan yang terdiri daripada pelajar IPGKRM dan orang awam. Majlis initelah diadakan di Bilik Micro Teaching Jabatan Teknopen.




Perkhidmatan u-Pustaka merupakan satu inovasi yang memanifestasikan sinergi kolaboratif dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan sokongan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta ahli-ahli Konsortium u-Pustaka seperti berikut:
Seiringan dengan itu, Projek Perintis u-Pustaka direalisasikan menerusi kolaborasi inovatif bersama/dengan agensi-agensi berikut: