Wednesday 12 September 2012

Lawatan Penanda Aras Ke IPG Tun Husein Onn Batu Pahat





Pusat Sumber IPG Kampus Raja Melewar telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke Pusat Sumber IPG Tun Husein Onn Batu Pahat Johor pada 12 September 2012. Lawatan tersebut telah disertai oleh 8 orang kakitangan perpustakaan.
 
Kami telah disambut oleh En. Razalai, Ketua Pusat Sumber (KPS). Seterusnya, kami telah diberi penerangan ringkas berkenaan fungsi Perpustakaan UTHM dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka. 

Lawatan ini juga bertujuan untuk melihat model dan aplikasi secara online yang telah dipraktikkan oleh Pusat Sumber mereka, ini secara tidak langsung, sesi penerangan dan lawatan  tersebut telah memberikan kami peluang untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan berkenaan perkhidmatan perpustakaan dan aktiviti-aktiviti untuk peningkatan kualiti perkhidmatan.

Monday 10 September 2012

Jurnal Melewar

Jurnal Melewar merupakan himpunan hasil kajian dan penyelidikan warga IPG Kampus Raja Melewar Seremban. Berikut merupakan himpunan artikel penulisan dari setiap jurnal yang terhasil.

1. Bil. 2 Jul-Dis 1995
2. Bil. 3 Jul-Dis 1997
3. Bil. 4 Nov 1998
4. Bil. 5 Nov 1999
5. Bil. 7 Jun 2003
6. Bil. 8 Okt 2004
7. Bil. 9 Ogos 2005
8. Bil. 10 Sept 2006
9. Bil. 11 Ogos 2007
10. Bil. 12 Ogos 2008


Mukaddimah

Perpustakaan IPGKRM akan memberikan maklumat terkini khususnya bahan/kandungan yang diterima di dlam blog ini. Anda boleh mencari bahan berdasarkan subjek dan bahan yang dipaparkan.