Friday 6 March 2015

Kelas Literasi Maklumat

Kelas Literasi Maklumat

Literasi Maklumat merujuk kepada keupayaan mengenalpasti, menilai dan menggunakan secara berkesan maklumat yang diperolehi bertujuan untuk memahami bagaimanakah maklumat itu disusun serta menentukan sumber maklumat yang paling tepat berdasarkan kepada keperluan seseorang. Kemahiran Literasi Maklumat amat diperlukan untuk tujuan akademik, terutamanya bagi menyediakan kertas projek dan penyelidikan. 

Perpustakaan IPGKRM menyediakan perkhidmatan khusus untuk membimbing pengguna meningkatkan pengetahuan dan kemahiran menggunakan perpustakaan melalui Kelas Kemahiran Literasi Maklumat. Kelas dijalankan secara teori dan praktikal meliputi topik berikut:
  • Blog Perpustakaan - http://ipgkrm-library.blogspot.com
  • Web OPAC perpustakaan - http://10.12.80.20/elmu-iprm
  • Repositori Digital http://pusatsumberipgkrm.site88.net
  • PNM Digital http://pnmdigital.gov.my
  • Perkhidmatan dan kemudahan
Pendaftaran bagi mengikuti kelas ini boleh dilakukan di Kaunter Sirkulasi pada bila-bila masa. 
Sila hubungi pustakawanuntuk maklumat lanjut.






No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.