Wednesday 29 April 2015

Pemilihan buku di PWTC Kuala Lumpur

 Pada 27 April 2015 seramai 5 orang kakitangan Perpustakaan telah membuat pemilihan buku di Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.










Friday 24 April 2015

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit IPGKRM

Program yang diberi nama “Mari Membaca Serentak Selama 10 Minit / Let’s Read Together For 10 Minutes” merupakan program yang julung kali diadakan di seluruh Malaysia merupakan langkah pertama untuk membentuk masyarakat ke arah minat membaca walaupun dalam tempoh yang singkat (10 minit). Program ini akan diadakan serentak di seluruh negara pada tarikh dan waktu yang sama dengan konsep BERHENTI SEBENTAR DAN MEMBACA BERSAMA SELAMA 10 MINIT.
Program ini dijangka akan diadakan serentak di seluruh Malaysia pada 23 April 2015 bermula jam 10:00 hingga 10:10 pagi. Orang ramai digalakkan untuk berhenti seketika pada waktu tersebut dan mengambil bahagian dengan membaca apa-apa jua jenis bahan bacaan.
Tujuan program ini dilaksanakan adalah sebagai langkah pertama ke arah menjenamakan inisiatif membaca dengan menjadikan perpustakaan sebuah organisasi yang relevan dalam pendidikan selepas waktu persekolahan (school after school).
Selain daripada itu, ia juga akan mewujudkan sinergi dan hubungan yang cekap antara perpustakaan awam dengan pihak jabatan-jabatan kerajaan, IPTA, IPTS, sekolah-sekolah, badan korporat, NGO dan orang awam.
Tarikh 23 April dipilih sebagai hari program ini di seluruh Malaysia memandangkan pada tarikh tersebut telah ditetapkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) sebagai Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia bertujuan untuk promosi membaca, penerbitan dan hak cipta.