Wednesday 26 August 2015

MINGGU INTEGRITI IPGKRM

Pada 24 dan 25 Ogos IPG Kampus Raja Melewar telah menyertai Minggu Integriti , sempena minggu tersebut Perpustakaan IPGKRM telah menjemput Agensi-agensi Kerajaan bagi mengadakan pameran . Sebanyak 3 agensi telah mengambil bahagian dalam pameran tersebut iaitu dari Tabung Haji Seremban , Pusat Zakat Negeri Sembilan Dan SPRM Cawangan Negeri Sembilan Darul Khusus.Segala berjalan dengan lancar.
                                      

BANNER MINGGU INTEGRITI


BUKU LAWATAN SPRM CAWANGAN SEREMBAN







 TABUNG HAJI SEREMBAN 

PUSAT ZAKAT CAWANGAN NEGERI SEMBILANSPRM CAWANGAN SEREMBAN








































Wednesday 29 April 2015

Pemilihan buku di PWTC Kuala Lumpur

 Pada 27 April 2015 seramai 5 orang kakitangan Perpustakaan telah membuat pemilihan buku di Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.










Friday 24 April 2015

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit IPGKRM

Program yang diberi nama “Mari Membaca Serentak Selama 10 Minit / Let’s Read Together For 10 Minutes” merupakan program yang julung kali diadakan di seluruh Malaysia merupakan langkah pertama untuk membentuk masyarakat ke arah minat membaca walaupun dalam tempoh yang singkat (10 minit). Program ini akan diadakan serentak di seluruh negara pada tarikh dan waktu yang sama dengan konsep BERHENTI SEBENTAR DAN MEMBACA BERSAMA SELAMA 10 MINIT.
Program ini dijangka akan diadakan serentak di seluruh Malaysia pada 23 April 2015 bermula jam 10:00 hingga 10:10 pagi. Orang ramai digalakkan untuk berhenti seketika pada waktu tersebut dan mengambil bahagian dengan membaca apa-apa jua jenis bahan bacaan.
Tujuan program ini dilaksanakan adalah sebagai langkah pertama ke arah menjenamakan inisiatif membaca dengan menjadikan perpustakaan sebuah organisasi yang relevan dalam pendidikan selepas waktu persekolahan (school after school).
Selain daripada itu, ia juga akan mewujudkan sinergi dan hubungan yang cekap antara perpustakaan awam dengan pihak jabatan-jabatan kerajaan, IPTA, IPTS, sekolah-sekolah, badan korporat, NGO dan orang awam.
Tarikh 23 April dipilih sebagai hari program ini di seluruh Malaysia memandangkan pada tarikh tersebut telah ditetapkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) sebagai Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia bertujuan untuk promosi membaca, penerbitan dan hak cipta.









Tuesday 17 March 2015

Lawatan Penanda Aras ke IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru

Satu Lawatan Penanda Aras ke IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru telah dilaksanakan pada 16 Mac 2015. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti yang terkandung dalam perancangan tahunan perpustakaan

Tarikh: 20 Mac 2015
Tempat: Pusat Sumber IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru


















Friday 6 March 2015

Kelas Literasi Maklumat

Kelas Literasi Maklumat

Literasi Maklumat merujuk kepada keupayaan mengenalpasti, menilai dan menggunakan secara berkesan maklumat yang diperolehi bertujuan untuk memahami bagaimanakah maklumat itu disusun serta menentukan sumber maklumat yang paling tepat berdasarkan kepada keperluan seseorang. Kemahiran Literasi Maklumat amat diperlukan untuk tujuan akademik, terutamanya bagi menyediakan kertas projek dan penyelidikan. 

Perpustakaan IPGKRM menyediakan perkhidmatan khusus untuk membimbing pengguna meningkatkan pengetahuan dan kemahiran menggunakan perpustakaan melalui Kelas Kemahiran Literasi Maklumat. Kelas dijalankan secara teori dan praktikal meliputi topik berikut:
  • Blog Perpustakaan - http://ipgkrm-library.blogspot.com
  • Web OPAC perpustakaan - http://10.12.80.20/elmu-iprm
  • Repositori Digital http://pusatsumberipgkrm.site88.net
  • PNM Digital http://pnmdigital.gov.my
  • Perkhidmatan dan kemudahan
Pendaftaran bagi mengikuti kelas ini boleh dilakukan di Kaunter Sirkulasi pada bila-bila masa. 
Sila hubungi pustakawanuntuk maklumat lanjut.