Monday, 11 December 2023
Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Selangor pada 6 Disember 2023
Tuesday, 28 November 2023
Lawatan Penanda Aras Pusat Sumber dari Sekolah Menengah Sains Rembau (SEMESRA) ke IPGKRM pada 23 November 2023
Pada 23 November 2023 seramai 42 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Sains Rembau (SEMESRA) telah membuat lawatan penanda aras ke Unit Pusat Sumber IPGKRM. Pelajar2 yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber sekolah SEMESRA telah diberikan taklimat mengenai Perpustakaan Melewar, lawatan ke Pusat Rujukan Peradapan dan Penyelidikan Ketamadunan Adat Perpatih Sedunia (PRADAKAPS) dan Unit Pengrusan Stress (SMC) IPGKRM .
Tuesday, 5 September 2023
Program Busking Merdeka di Puncak Bukit Taisho
Pada 6 September 2023 (Rabu) telah berlangsung Program Busking Merdeka di Puncak Bukit Taisho Bahau sempena sambutan Bulan Kemerdekaan 66 tahun IPGKRM anjuran UPS. Disertai 4 staf dan 27 pelajar IPGKRM. Sebanyak 7 lagu patriotik telah dinyanyikan beramai-ramai secara busking..
Thursday, 31 August 2023
Malam Ambang Merdeka - Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2023
Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2023 diteruskan dengan Malam Ambang Merdeka yang diadakan pada 30 Ogos 2023, bermula pada jam 9.00 malam. Program ini diserikan dengan pertunjukan pelita panjut dan tayangan wayang pacak untuk membangkitkan suasana nostalgia kepada generasi baharu. Kemeriahan malam tersebut juga dapat dirasakan dengan kehadiran pelajar-pelajar yang memakai pakaian tradisional mengikut suku kaum masing-masing. Malam tersebut diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotik dan pertunjukan bunga api menandakan 66 tahun Malaysia telah merdeka.
Thursday, 13 July 2023
Hari Terbuka Pusat Sumber 2023 #HTPS2023
Hari Terbuka Pusat Sumber 2023 (HTPS2023) telah diadakan pada 12 Julai 2023 yang lalu. HTPS2023 telah dirasmikan oleh YB. Dato' Dr. Mohamad Rafie bin Ab. Malek, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, Kerajaan Negeri Sembilan.
Program dimulakan dengan slot resensi buku yang disampaikan oleh Dr. Wan Ali Akbar bin Wan Abdullah pada jam 8.30 pagi. Beliau mengupas perjalanan penulisan buku yang bertajuk Inovasi Pendidikan Islam - Inspirasi dan Transformasi. Program diteruskan lagi dengan Pertandingan Open Stage yang disertai oleh sekolah-sekolah yang terpilih. Persembahan terdiri daripada pelbagai jenis seperti nyanyian, bercerita, pidato dan wushu.
Seterusnya, Majlis Perasmian Hari Terbuka Pusat Sumber 2023 dan Pelancaran Portal Pusat Rujukan Peradaban & Penyelidikan Ketamadunan Adat Perpatih Sedunia (PRADAKAPS) berlangsung pada jam 11.30 pagi. Majlis perasmian dimulakan dengan ketibaan tetamu kehormat, nyanyian lagu Negaraku, deklamasi sajak oleh Pn. Hjh. Ratna Laila binti Shahidin yang bertajuk Tiada Yang Ada, bacaan doa dan diserikan lagi dengan persembahan nyanyian oleh pelajar IPG Kampus Raja Melewar. Setelah itu, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah IPG Kampus Raja Melewar, Encik Mohamad Zaidi bin Ishak dan deklamasi sajak yang bertajuk Anugerah Ukhuwah oleh Encik Amran bin Bakar. Sejurus selepas itu, berlangsungnya tayangan video dan pelancaran buku Laungan Puitis di Puncak Bukit Kepayang dan Tempur. Majlis diteruskan dengan agenda yang dinanti-nanti iaitu ucapan perasmian oleh YB Dato' Dr. Mohamad Rafie bin Ab. Malek.
YB Dato' Dr. Mohamad Rafie bin Ab. Malek. menyempurnakan gimik perasmian Hari Terbuka Pusat Sumber 2023 dan Pelancaran Portal Pusat Rujukan Peradaban & Penyelidikan Ketamadunan Adat Perpatih Sedunia (PRADAKAPS). Perasmi juga telah menyempurnakan penyampaian cenderamata kepada agensi dan pempamer dalam program ini dan acara terakhir yang berlangsung ialah kejutan sempena hari lahir beliau. Seterusnya, tetamu kehormat dibawa berkunjung ke galeri PRADAKAPS dan menjamu selera di Bilik Biduanda sebelum merakamkan gambar kenangan.
Thursday, 15 June 2023
Penyerahan Buku Hasil Penulisan Pelajar
Perpustakaan Melewar menerima 2 judul buku baharu hasil penulisan pelajar IPGKRM iaitu Njng Ezzlyn Zakaria dan Nur Ain Rabiatul Farraliza M. Kasim dibawah selian pensyarah Pn Hjh Roslimah Saat. Semoga menjadi inspirasi kepeda pelajar lain untuk menulis dan menerbitkan buku. serta bukubuku yang telah terbit dapat dimanfaatkan oleh warga IPGKRM
Wednesday, 31 May 2023
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023
Pada 31 Mei 2023 (Rabu) seramai 21 Pensyarah dan Staf bersama 39 orang Pelajar IPGKRM telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (KLIABF2023) yang berlangsung di World Trade Centre KL.
Thursday, 18 May 2023
Jom Baca 10 Minit Bersama Si Cilik
Pada 18 Mei 2023 (Khamis) telah berlangsung Program Jom Baca Bersama 10 minit serentak seluruh negara. Perpustakaan Melewar turut bersama menganjurkannya bersama Anak-anak Pra Sekolah Melewar di Book Garden UPS dengan beberapa pengisian seperti sesi bercerita, perongsian bahan bacaan kanak-kanak dan penyampaian cenderahati. Turut sama membaca 10 minit ialah pensyarah dan staf IPGKRM di lokasi sendiri. Tahniah dan terima kasih diucapkan kpada staf UPS dan Guru serta Pembantu Murid Pra Sekolah Melewar yang telah membantu menjayakan program ini. Tidak lupa para pensyarah dan staf IPGKRM yang membaca buku sendiri.
Tuesday, 21 February 2023
Lawatan Penanda Aras Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn
Unit Pusat Sumber IPGKRM telah menerima kunjungan daripada Unit Pusat Sumber IPGK Tun Hussein Onn. Kunjungan ini merupakan Lawatan Penanda Aras bagi staf UPS, Pensyarah dan Pelajar IPGK Tun Hussein Onn. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti Taklimat Perpustakaan daripada En. Mohamad Fadzili (Pustakawan IPGKRM), lawatan ke PRADAKAPS, SMC (aktiviti terapi), Studio Melewar dan sekitar Unit Pusat Sumber
Tuesday, 14 February 2023
Kunjungan Hormat Ke Perpustakaan Negara Malaysia
Unit Pusat Sumber IPGKRM telah mengadakan kunjungan hormat ke Perpustakaan Negara Malaysia di Kuala Lumpur. Kunjungan ini adalah bagi menyatakan hasrat kerjasama dalam beberapa program dan berkongsi idea dan pandangan untuk memajukan Perpustakaan Khusus Gunasama (PKG) di IPGKRM Kunjungan diketuai En. Mohd Affandi Abu (KUPS) En. Mohamad Fadzili Baharin (Pustakawan) dan Pn. Fauziah Daud (Pembantu Pustakawan Kanan) manakala PNM diwakili Pn. Mayumi binti Ahmat, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan.
Monday, 9 January 2023
Selamat Datang Encik Maniwanan ke UPS dan Terima Kasih Puan Khatijah
Memulakan tahun 2023, UPS telah menerima staf En. Maniwanan yang bertukar dari Unit Fasiliti menggantikan Puan Khatijah Shafiei yang bertukar ke Unit Percetakan. Selamat bertugas di UPS kepada En. Maniwanan dan terima kasih Pn. Khatijah atas sumbang bakti selama bertugas di UPS.