Pada 24 Februari 2014 satu pameran dan jualan buku telah diadakan di hadapan Pusat Sumber. Aktiviti ini merupakan aktiviti bulanan yang telah dirancang setiap tahun. Pameran oleh Syaraikat Love Community Centre ini mendapat sambutan yang menggalakkan khususnya daripada pelajar berbangsa Cina.
Thursday, 27 February 2014
Tuesday, 14 January 2014
Pameran Sempena Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan 2014
Bersempena dengan Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan 2014 pusat sumber telah mengambil inisiatif mengadakan pameran latarbelakang dan sejarah hidup baginda. Kerjasama daripada Lembaga Muzium Negeri Sembilan ini memberi maklumat kepada pelajar IPGKRM khususnya latarbelakang dan aktiviti baginda. Pameran yang diadakan di lobi pusat sumber initelah mendapat tumpuan pengunjung pusat sumber selama aktiviti ini berlangsung.
Monday, 13 January 2014
Pameran Sempena Maulidur Rasul 1435 Hijrah
Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun 1435 Hijrah 2014 Masihi Pusat Sumber telah menganjurkan satu pameran sejarah kehidupan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Sifat dan kehidupan Nabi haruslah menjadi contoh ikutan umat Islam pada masa kini. Pameran yang berlangsung di pintu masuk pusat sumber ini mendapat sambutan warga IPGKRM.
Saturday, 21 December 2013
Selamat Pengantin Baharu Along dan Izah
Staf pusat sumber IPGKRM mengucapkan selamat Pengantin Baharu kepada En. Khaife Azmi dan Nurizah sempena majlis akad nikah 20 Disember 2013. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.
Friday, 27 September 2013
Sekitar Pameran Integriti
Pameran Integriti telah diadakan bersempena dengan Minggu Integriti Peringkat IPG Kampus Raja Melewar. Minggu Integriti ini diadakan juga serentak 27 IPG seluruh Malaysia. Pusat Sumber telah ditugaskan untuk menganjurkan aktiviti pameran agensi-agensi kerajaan berkaitan dengan penguatkuasaan dan hal ehwal awam.
![]() |
| Pusat Zakat Negeri Sembilan |
![]() |
| Jabatan Kebajikan Masyarakat NS |
![]() |
| Tabung Haji |
![]() |
| Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NS (JHEAINS) |
![]() |
| Unit Halal JHEAINS |
![]() |
| Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) |
![]() |
| Bomba NS |
![]() |
| Unit Tabung Darah HTJS |
![]() |
| Bomba |
![]() |
| SPRM |
![]() |
![]() |
| Taklimat SPRM bersama Pengarah IPGKRM Tn. Hj . Musa Abdullah |
![]() |
| Pengarah IPGKRM bersama Unit Halal |
![]() |
| PDRM |
![]() |
| Kenangan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan |
Sunday, 22 September 2013
Kursus Asas Blog
Kursus Asas Blog
Tarikh : 20 September 2013
Masa: 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Kursus asas Blog telah diadakan mengikut takwim perancangan Latihan Pembangunan Staf. Seramai 8 orang perserta yang terdiri daripada staf pusat sumber telah menyertai kursus ini. Penceramah kursus ini ialah En Asyraff dan En. Faris dari UNISEL.
Peserta diberi pendedahan mengenai pengenalan kepada blog, teori dan praktikal membuat blog. Diakhir kursus ini peserta telah mendapat kefahaman dan pendedahan asas dan cara mudah untuk membina, mengurus dan mengendalikan blog.
Tarikh : 20 September 2013
Masa: 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Kursus asas Blog telah diadakan mengikut takwim perancangan Latihan Pembangunan Staf. Seramai 8 orang perserta yang terdiri daripada staf pusat sumber telah menyertai kursus ini. Penceramah kursus ini ialah En Asyraff dan En. Faris dari UNISEL.
Peserta diberi pendedahan mengenai pengenalan kepada blog, teori dan praktikal membuat blog. Diakhir kursus ini peserta telah mendapat kefahaman dan pendedahan asas dan cara mudah untuk membina, mengurus dan mengendalikan blog.
Wednesday, 18 September 2013
Friday, 13 September 2013
Digital Repositori Perpustakaan IPGKRM
Untuk mengetahui maklumat dan isi kandungan bahan-bahan terbitan IPGKRM layari
http://pusatsumberipgkrm.site88.net
http://pusatsumberipgkrm.site88.net
Wednesday, 11 September 2013
Kajian Tindakan PISMP 2012
1. Kajian Tindakan Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah PISMP 2012
2. Kajian Tindakan Bahasa Tamil Pendidikan Rendah PISMP 2012
3. Kajian Tindakan Matematik Pendidikan Rendah PISMP 2012
4. Kajian Tindakan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 2012
5. Kajian Tindakan Pengajian Sosial Pendidikan Rendah 1 PISMP 2012
6. Kajian Tindakan Pengajian Sosial Pendidikan Rendah 2 PISMP 2012
7. Kajian Tindakan Bahasa Cina Pendidikan Rendah PISMP 2012
8. Kajian Tindakan Sains Pendidikan Rendah PISMP 2012
9. Kajian Tindakan Pemulihan 2012
2. Kajian Tindakan Bahasa Tamil Pendidikan Rendah PISMP 2012
3. Kajian Tindakan Matematik Pendidikan Rendah PISMP 2012
4. Kajian Tindakan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 2012
5. Kajian Tindakan Pengajian Sosial Pendidikan Rendah 1 PISMP 2012
6. Kajian Tindakan Pengajian Sosial Pendidikan Rendah 2 PISMP 2012
7. Kajian Tindakan Bahasa Cina Pendidikan Rendah PISMP 2012
8. Kajian Tindakan Sains Pendidikan Rendah PISMP 2012
9. Kajian Tindakan Pemulihan 2012
Friday, 23 August 2013
Thursday, 15 August 2013
Minal Aidil Wal Fa'izin
Sempena bulan Syawal yang mulia ini, kakitangan Pusat Sumber IPGKRM mengambil kesempatan menyusun jari memohon ampun dan maaf atas segala khilaf yang terzahir pada perilaku juga batin yang terhijab tanpa disedari. Syawal yang diraikan dengan kemeriahan menjadi lebih bermakna andai disulam kesederhanaan dengan erti kejayaan yang hakiki. Moga setiap ibadah yang dirafa'kan di bulan Ramadhan dapat memberi anjakan paradigma dalam rutin harian kita di sepanjang tahun. Harapan istiqamah yang didamba menjadi nyata terlaksana pada puncak kecemerlangan iman. Moga tiap ikhtiar, doa dan penyerahan jiwa di sepanjang Ramadhan diterima-Nya.
Salam Aidil Fitri.
p/s: Berhati-hati di jalan raya..
Biar lambat asalkan selamat..
Ingatlah orang yang tersayang..
Moga Perjalanan Pulang Ke IPGKRM dipermudahkan.. Amiin
Monday, 15 July 2013
Wednesday, 10 July 2013
Ramadhan Al Mubarak
Dikesempatan pagi yang mulia ini kami ingin mungucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1434 Hijrah. Sekarang ini kita berada pada hari pertama bulan mulia, bulan yang dirindui, bulan yang dibuat janji untuk mentaati Allah sebanyak-banyaknya, bulan yang amat sesuai untuk kita menambah bekalan serta mengharap keredhaan Allah.
Ramadhan merupakan penghulu segala bulan, ia adalah bulan yang dipenuhi dan dilimpahi dengan segala keharmonian. Di dalamnya terdapat satu malam yang terlebih baik dari seribu bulan iaitu malam lailatul qodar yang dinantikan. Ramadhon adalah bulan penyucian jiwa dari kesalahan dan dosa-dosa, bulan yang penuh keberkatan, bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya selamat dari api neraka.
"Dari Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu, Rasulullah saw bersabda "Semua amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, kerana puasa itu untukKu dan Aku akan membalasnya, puasa adalah perisai, jika salah seorang sedang berpuasa, janganlah berkata keji dan meninggikan suara, jika ada yang mencercanya atau memeranginya maka ucapkanlah "Aku sedang berpuasa". Sesungguhnya bau mulut orang yang sedang berpuasa adalah lebih wangi di sisi Allah Azzawajalla daripada bau misk. Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan, jika berbuka mereka gembira, jika bertemu Rabbnya mereka gembira kerana puasa mereka"
Muttafaq Alaih...
Ramadhan bulan zuhud bukan bulan bermewah
Menyambut ketibaan bulan-bulan mulia
Menanti ketibaan bulan ramadhan
Puasa ramadhan dan kelebihannya
~MohdAsyraffBinAbdulLatiff~
Subscribe to:
Posts (Atom)

















































