Wednesday, 9 April 2014

Program Gerakan Membaca - Mari Bercerita

Pada 7 April 2014 Satu Pertandingan Bercerita melalui Program Galakan Membaca telah diadakan di ruang legar Pusat Sumber. Program ini bertujuan untuk memberi galakan dan menanamkan minat membaca dalam kalangan pelajar khususnya murid Pra Sekolah. Pusat Sumber sebagai pusat menggalakan  minat membaca telah menjalankan program mari bercerita pada 7 April 2014. Program yang dihadiri oleh Tuan Pengarah IPG Kampus Raja Melewar (IPGKRM), Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan, Guru Besar Pra Sekolah Seri Melewar  ini turut disertai oleh pensyarah, kakitangan, ibu bapa dan pelajar IPGKRM. 





























Saturday, 22 March 2014

Sekitar Lawatan Penanda Aras ke Perpustakaan Universiti Malaya dan Perpustakaan Al-Ghazali IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi

Pada 20 Mac 2014 satu lawatan penanda aras telah dijalankan. Program ini merupakan salah satu daripada perancangan tahunan Pusat Sumber. Seramai 12 orang staf dan 6 pelajar telah menyertai lawatan ini.

Perpustakaan Universiti Malaya













Pepustakaan Al-Ghazali IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi




Thursday, 27 February 2014

Pameran dan Jualan Buku Love Community Centre

Pada 24 Februari 2014 satu pameran dan jualan buku telah diadakan di hadapan Pusat Sumber. Aktiviti ini merupakan aktiviti bulanan yang telah dirancang setiap tahun. Pameran oleh Syaraikat Love Community Centre ini mendapat sambutan yang menggalakkan khususnya daripada pelajar berbangsa Cina.









Tuesday, 14 January 2014

Pameran Sempena Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan 2014

Bersempena dengan Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan 2014 pusat sumber telah mengambil inisiatif mengadakan pameran latarbelakang dan sejarah hidup baginda. Kerjasama daripada Lembaga Muzium Negeri Sembilan ini memberi maklumat kepada pelajar IPGKRM khususnya latarbelakang dan aktiviti baginda. Pameran yang diadakan di lobi pusat sumber initelah mendapat tumpuan pengunjung pusat sumber selama aktiviti ini berlangsung.




Monday, 13 January 2014

Pameran Sempena Maulidur Rasul 1435 Hijrah

Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun 1435 Hijrah 2014 Masihi Pusat Sumber telah menganjurkan satu pameran sejarah kehidupan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Sifat dan kehidupan Nabi haruslah menjadi contoh ikutan umat Islam pada masa kini. Pameran yang berlangsung di pintu masuk pusat sumber ini mendapat sambutan warga IPGKRM.