Friday, 13 May 2022

Jamuan Hari Raya Unit Pusat Sumber IPGKRM

Unit Pusat Sumber telah mengadakan jamuan hari raya pada 13 Mei 2022. Semua warga IPGKRM telah dijemput untuk sama-sama meraikan.






Friday, 22 April 2022

Iftar Kelab Rakan Perpustakaan IPGKRM

Majlis Iftar anjuran Unit Pusat Sumber untuk meraikan pelajar-pelajar Kelab Rakan Perpustakaan IPGKRM sesi 2021/2022. Seramai 43 pelajar telah menghadiri majlis ini.




Jom baca 10 minit bersama pembaca cilik

Perpustakaan Melewar telah mengadakan program bersama pembaca cilik sempenan Jom Baca 10 Minit Bersama pada 21 April 2022. Program ini menampilkan pelajar-pelajar Prasekolah Melewar yang turut serta menjayakan Jom Baca 10 Minit Bersama pada tahun ini. Program ini telah dikelolakan oleh Puan Hamimi Mohd Nozlan dan Puan Nurul Idayu Abdul Aziz serta turut dibantu oleh semua staf Unit Pusat Sumber. 






Tuesday, 22 March 2022

Latihan Pembangunan Staf Anjuran Unit Pusat Sumber

LPS anjuran UPS dan UPsK telah diadakan pada 21 Mac 2022. LPS ini memberi penekanan kepada pengurusan komunikasi dan pengurusan stres. Kaunselor En. Mohd Fahridzakki Abd Rahman bertindak selaku fasilitator untuk LPS kali ini. LPS ini telah dihadiri oleh staf Anggota Kumpulan Pelaksana, IPGKRM. 




Wednesday, 9 March 2022

Bengkel Tatacara Permohonan ISBN, e-ISBN dan ISSN serta Percetakan Buku

Bengkel Tatacara Permohonan ISBN, e-ISBN dan ISSN serta Percetakan Buku telah diadakan secara atas talian pada 8 Mac 2022. Bengkel ini diadakan bagi memenuhi permintaan penulis-penulis dalam kalangan warga IPG. Bengkel ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari pelbagai pihak. Bengkel ini merupakan program berimpak tinggi yang telah berjaya dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber IPGKRM. Penganjur telah menjemput 3 orang panel pakar dari perpustakaan Negara Malaysia dan Syarikat Percetakan. Perpustakaan Negara Malaysia diwakili oleh Puan Amy Zurina Abdullah dan Puan Jamiliana Jamil. Syarikat Aras Mega pula telah diwakili oleh Puan Nurulhuda Sulaiman. Ketua Unit, En. Mohd Affandi Abu bertindak selaku moderator sepanjang bengkel dijalankan.






Monday, 31 January 2022

Gotong-Royong Unit Pusat Sumber

Unit Pusat Sumber telah mengadakan gotong-royong untuk menceriakan kawasan persekitaran luar Perpustakaan melewar pada 31 Januari 2022.






Tuesday, 25 January 2022

Lawatan Penandaaras Unit Pusat Sumber IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi

Pada 24 Januari 2022 kami telah menerima lawatan dari Unit Pusat Sumber IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi. Lawatan ini bertujuan untuk membuat penandaaras pembangunan fizikal perpustakaan IPG Kampus Pendidikan Islam.





Monday, 20 December 2021

Mesyuarat Pengurusan Pusat Sumber bil.9/2021

Mesyuarat Pengurusan Pusat Sumber bil.9/2021 telah diadakan pada 16-18 Disember 2021 di Best Star Resort Langkawi, Kedah. Ahli mesyuarat juga sempat melakukan lawatan ke IPG Kampus Perlis.





Wednesday, 24 November 2021

IPGKRM Sumbang Buku untuk SMK Pangkor

Ketua Unit, En. Mohd Affandi Abu telah menyampaikan sumbangan buku kepada SMK Pangkor pada 24 November 2021.




Thursday, 30 September 2021

Sumbangan buku ke Pusat Sumber SMK Palong 7, Jempol & SMK Seri Jempol

Unit Pusat Sumber sangat berbesar hati dengan sumbangan buku-buku bacaan kepada SMK Palong 7 & SMK Seri Jempol. Majlis penyerahan buku sumbangan telah berlangsung pada 30 September 2021. Unit Pusat Sumber diketuai oleh Ketua Unit YBrs.Encik Mohd Affandi bin Abu serta diiringi oleh Pustakawan dan Pembantu Pustakawan.Unit Pusat Sumber komited untuk membantu Pusat Sumber sekolah-sekolah yang memerlukan sumbangan buku serta khidmat nasihat untuk pembangunan koleksi Pusat Sumber sekolah.










Friday, 24 September 2021

Webinar Hari Malaysia: Di sebalik pembentukan Malaysia


Webinar Hari Malaysia bertajuk di sebalik pembentukan Malaysia telah berlangsung pada 22 September 2021 jam 3.00 petang. 

En. Mohd. Affandi bin Abu, Ketua Unit Pusat Sumber, bertindak selaku moderator. Ahli panel terdiri daripada Dr. Mohd. Ashraf bin Ibrahim, Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik dan En. Badurhisham bin Mohd. Zin Penolong Ketua Jabatan HEP.

Monday, 30 August 2021

Webinar Kemerdekaan Siri 1/2021 Anjuran Unit Pusat Sumber IPGKRM

Webinar Kemerdekaan Siri 1/2021 Anjuran Unit Pusat Sumber IPGKRM telah berlangsung pada 27 Ogos 2021 secara maya melalui saluran Youtube  Melewar Channel. Ketua Unit Pusat Sumber, En. Mohd Affandi bin Abu bertindak selaku Moderator bersama dengan panel-panel iaitu En. Badurhisham bin Mohd Zin, En. Norazlan bin Ismail dan En. Akbar bin Amran. Tajuk Webinar Kemerdekaan: Sejarah, Seni dan Muzik. Panel-panel jemputan merupakan pensyarah-pensyarah IPGKRM yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang berkaitan dengan tajuk webinar. 

Bagi anda yang berminat untuk menonton webinar ini sila klik pautan:

Webinar Kemerdekaan: Sejarah, Seni dan Muzik





Monday, 23 August 2021

Program Buku Kita 2021: Bicara Khas Bersama Dr. Abdullah bin Yusof

 



Program Buku Kita 2021 Episod Khas telah bersiaran pada 20 Ogos 2021 bersama Dr. Abdullah bin Yusof atau lebih dikenali Dr. Lah Pekak. Beliau merupakan mantan Timbalan Pengarah IPG Kampus Kota Bharu. Beliau kini merupakan Pengarah Eksekutif Akademi Minda Kreatif. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program khas ini sila klik pautan:

Friday, 13 August 2021

Majlis Pelancaran Pameran Maya Kemerdekaan 2021 Anjuran UPS, IPGKRM




Majlis perasmian dan pelancaran pameran maya kemerdekaan telah berlangsung pada 13 Ogos 2021 secara maya. Majlis disempurnakan oleh Puan Timbalan, Dr. Masitah binti Mohammad Yusof. Pameran ini disediakan sempena sambutan bulan kemerdekaan bagi tahun 2021. Pa,eran secara maya adalah bersesuaian dengan keadaan semasa akibat pandemik covid-19.


Tuesday, 3 August 2021

Pelancaran Perpustakaan Maya IPGKRM

 


Perpustakaan Maya IPGKRM telah dilancar dan dirasmikan oleh Tuan Pengarah IPGKRM, Dr. Mazlan bin Aris semasa Majlis Perhimpunan Pelajar secara atas talian pada 2 Ogos 2021. 

Friday, 28 May 2021

Perpustakaan Maya IPGKRM




Perpustakaan Maya ini merupakan perkhidmatan alternatif kepada perkhidmatan rujukan bahan fizikal. Pandemik Covid-19 telah menyebabkan perkhidmatan fizikal tidak dapat beroperasi sepenuhnya. Perpustakaan Maya adalah salah satu inisiatif Unit Pusat Sumber, IPGKRM untuk memenuhi keperluan pengguna. Perkhidmatan ini dapat membantu pengguna untuk mendapatkan kandungan bahan secara digital. Bahan-bahan digital dalam perpustakaan maya ini adalah dari sumber terbuka dan juga bahan digital yang telah dilanggan oleh melalui eLib IPG dan u-Pustaka. Bahan-bahan digital ini boleh dijadikan sumber rujukan ilmiah untuk penyelidikan dan kajian. Perpustakaan Maya ini akan sentiasa dikemaskini bagi memenuhi keperluan kepada pengguna. BukuElektronik (e-book) akan dikemaskini setiap hari. Dapatkan artikel-artikel jurnal terkini di pautan bahan digital.

Wednesday, 28 April 2021

Sumbangan buku ke Pusat Sumber SMK Lui Barat, Jempol & SMK Senaling, Kuala Pilah

 



Unit Pusat Sumber sangat berbesar hati dengan sumbangan buku-buku bacaan kepada SMK Lui Barat, Jempol & SMK Senaling, Kuala Pilah. Majlis penyerahan buku sumbangan telah berlangsung pada 28 April 2021. Unit Pusat Sumber diketuai oleh Ketua Unit YBrs.Encik Mohd Affandi bin Abu serta diiringi oleh Pustakawan dan Pembantu Pustakawan.Unit Pusat Sumber komited untuk membantu Pusat Sumber sekolah-sekolah yang memerlukan sumbangan buku serta khidmat nasihat untuk pembangunan koleksi Pusat Sumber sekolah.

Monday, 26 April 2021

Taklimat perkhidmatan perpustakaan untuk pelajar Kolej Genius@Pintar ambilan 2021

 



Taklimat perkhidmatan perpustakaan untuk pelajar Kolej Genius@Pintar ambilan 2021 telah berlangsung pada 26 April 2021 di Balai Ilmu. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Unit, Encik Mohd Affandi bin Abu. Pelajar Kolej Genius@Pintar telah didedahkan dengan peraturan peminjaman dan perkhidmatan.

Thursday, 22 April 2021

Jom baca bersama untuk 10 minit

Program jom baca bersama untuk 10 minit telah berlangsung serentak seluruh negara pada 22 April 2021. Program tahunan ini menjadi aktiviti wajib bagi setiap agensi walaupun diadakan secara ringkas dan bersederhana kerana pandemik covid-19. Unit Pusat Sumber IPGKRM bersiaran secara langsung melalui Facebook Perpustakaan Melewar dan Google Meet untuk sesi soal bicara bersama panelis. Dengan tema 'baca itu terapi', soal bicara ini menampilkan Encik Hasbullah bin Abu Kassim, Ketua Pusat Pengurusan Stres (SMC), IPGKRM sebagai panel. Puan Fauziah Daud pula bertindak sebagai moderator sesi tersebut. Tepat jam 11.00 pagi, semua peserta memulakan bacaan masing-masing selama 10 minit. Peserta juga turut menyertai cabutan gambar bertuah melalui telegram. Gambar yang bertuah akan memenangi hadiah bagi setiap kategori warga IPGKRM. Ucapan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.





Monday, 19 April 2021

Sumbangan buku ke Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Seri Kelana, Seremban



Unit Pusat Sumber sangat berbesar hati dengan sumbangan buku-buku bacaan kepada murid-murid SK Seri Kelana, Seremban. Majlis penyerahan buku sumbangan telah berlangsung pada 16 April 2021. Unit Pusat Sumber diketuai oleh Ketua Unit YBrs.Encik Mohd Affandi bin Abu serta diiringi oleh Pustakawan dan Pembantu Pustakawan bertemu mata dengan YBrs.Encik Amir Fikri bin Ithnin, Guru Besar SK Seri Kelana. Ucapan terima kasih kepada Puan Zuraida binti Baharuddin, Guru Perpustakaan dan Media SK Seri Kelana untuk persediaan majlis yang telah berlangsung. Unit Pusat Sumber komited untuk membantu Pusat Sumber sekolah-sekolah yang memerlukan sumbangan buku serta khidmat nasihat untuk pembangunan koleksi Pusat Sumber sekolah.