Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM-KTMB dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan telah diadakan pada 28 hingga 29 Julai yang lalu. Unit Pusat Sumber telah diwakili oleh Pustakawan, En. Mohamad Fadzili bin Baharin dan Puan Hamimi binti Mohd Nozlan. Beberapa sesi pembentangan telah diadakan semasa perjalanan tersebut. Unit Pusat Sumber turut serta dalam membantu PPANS menganjurkan sesi membaca dalam tren.
Saturday, 30 July 2022
Friday, 29 July 2022
CPD: Kursus Asas Penulisan dan Penerbitan Buku untuk Guru-Guru Sekolah Negeri Sembilan (Siri 1 dan 2)
Kursus Asas Penulisan dan Penerbitan Buku untuk Guru-Guru Sekolah Negeri Sembilan (Siri 1 dan 2) telah berlangsung pada 21 dan 27 Julai 2022. Seramai 60 orang guru-guru telah menghadiri kursus ini.
Friday, 10 June 2022
Lawatan Pesta Buku Antarabangsa 2022
Unit Pusat Sumber telah menganjurkan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 pada 9 Jun 2022. Seramai 19 orang warga IPGKRM telah menyertai lawatan ini.
Thursday, 9 June 2022
Program Perkongsian Pintar Unit Pusat Sumber IPG Kampus Raja Melewar dan IPG Kampus Pendidikan Islam.
Program Perkongsian Pintar antara Unit Pusat Sumber IPG Kampus Raja Melewar dan IPG Kampus Pendidikan Islam telah diadakan pada 8 Jun 2022. Program ini merupakan lawatan rasmi dari Unit Pusat Sumber IPG Kampus Pendidikan Islam yang kedua untuk tahun ini. Rombongan IPG Kampus Pendidikan Islam diketuai oleh Ketua Pusat Sumber, Puan Hajah Maryati binti Mohd Amin.
Friday, 13 May 2022
Jamuan Hari Raya Unit Pusat Sumber IPGKRM
Unit Pusat Sumber telah mengadakan jamuan hari raya pada 13 Mei 2022. Semua warga IPGKRM telah dijemput untuk sama-sama meraikan.
Friday, 22 April 2022
Iftar Kelab Rakan Perpustakaan IPGKRM
Majlis Iftar anjuran Unit Pusat Sumber untuk meraikan pelajar-pelajar Kelab Rakan Perpustakaan IPGKRM sesi 2021/2022. Seramai 43 pelajar telah menghadiri majlis ini.
Jom baca 10 minit bersama pembaca cilik
Perpustakaan Melewar telah mengadakan program bersama pembaca cilik sempenan Jom Baca 10 Minit Bersama pada 21 April 2022. Program ini menampilkan pelajar-pelajar Prasekolah Melewar yang turut serta menjayakan Jom Baca 10 Minit Bersama pada tahun ini. Program ini telah dikelolakan oleh Puan Hamimi Mohd Nozlan dan Puan Nurul Idayu Abdul Aziz serta turut dibantu oleh semua staf Unit Pusat Sumber.
Tuesday, 22 March 2022
Latihan Pembangunan Staf Anjuran Unit Pusat Sumber
LPS anjuran UPS dan UPsK telah diadakan pada 21 Mac 2022. LPS ini memberi penekanan kepada pengurusan komunikasi dan pengurusan stres. Kaunselor En. Mohd Fahridzakki Abd Rahman bertindak selaku fasilitator untuk LPS kali ini. LPS ini telah dihadiri oleh staf Anggota Kumpulan Pelaksana, IPGKRM.
Wednesday, 9 March 2022
Bengkel Tatacara Permohonan ISBN, e-ISBN dan ISSN serta Percetakan Buku
Bengkel Tatacara Permohonan ISBN, e-ISBN dan ISSN serta Percetakan Buku telah diadakan secara atas talian pada 8 Mac 2022. Bengkel ini diadakan bagi memenuhi permintaan penulis-penulis dalam kalangan warga IPG. Bengkel ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari pelbagai pihak. Bengkel ini merupakan program berimpak tinggi yang telah berjaya dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber IPGKRM. Penganjur telah menjemput 3 orang panel pakar dari perpustakaan Negara Malaysia dan Syarikat Percetakan. Perpustakaan Negara Malaysia diwakili oleh Puan Amy Zurina Abdullah dan Puan Jamiliana Jamil. Syarikat Aras Mega pula telah diwakili oleh Puan Nurulhuda Sulaiman. Ketua Unit, En. Mohd Affandi Abu bertindak selaku moderator sepanjang bengkel dijalankan.
Monday, 31 January 2022
Gotong-Royong Unit Pusat Sumber
Unit Pusat Sumber telah mengadakan gotong-royong untuk menceriakan kawasan persekitaran luar Perpustakaan melewar pada 31 Januari 2022.
Tuesday, 25 January 2022
Lawatan Penandaaras Unit Pusat Sumber IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi
Pada 24 Januari 2022 kami telah menerima lawatan dari Unit Pusat Sumber IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi. Lawatan ini bertujuan untuk membuat penandaaras pembangunan fizikal perpustakaan IPG Kampus Pendidikan Islam.
Monday, 20 December 2021
Mesyuarat Pengurusan Pusat Sumber bil.9/2021
Mesyuarat Pengurusan Pusat Sumber bil.9/2021 telah diadakan pada 16-18 Disember 2021 di Best Star Resort Langkawi, Kedah. Ahli mesyuarat juga sempat melakukan lawatan ke IPG Kampus Perlis.
Wednesday, 24 November 2021
IPGKRM Sumbang Buku untuk SMK Pangkor
Ketua Unit, En. Mohd Affandi Abu telah menyampaikan sumbangan buku kepada SMK Pangkor pada 24 November 2021.
Thursday, 30 September 2021
Sumbangan buku ke Pusat Sumber SMK Palong 7, Jempol & SMK Seri Jempol
Unit Pusat Sumber sangat berbesar hati dengan sumbangan buku-buku bacaan kepada SMK Palong 7 & SMK Seri Jempol. Majlis penyerahan buku sumbangan telah berlangsung pada 30 September 2021. Unit Pusat Sumber diketuai oleh Ketua Unit YBrs.Encik Mohd Affandi bin Abu serta diiringi oleh Pustakawan dan Pembantu Pustakawan.Unit Pusat Sumber komited untuk membantu Pusat Sumber sekolah-sekolah yang memerlukan sumbangan buku serta khidmat nasihat untuk pembangunan koleksi Pusat Sumber sekolah.
Friday, 24 September 2021
Webinar Hari Malaysia: Di sebalik pembentukan Malaysia
Webinar Hari Malaysia bertajuk di sebalik pembentukan Malaysia telah berlangsung pada 22 September 2021 jam 3.00 petang.
En. Mohd. Affandi bin Abu, Ketua Unit Pusat Sumber, bertindak selaku moderator. Ahli panel terdiri daripada Dr. Mohd. Ashraf bin Ibrahim, Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik dan En. Badurhisham bin Mohd. Zin Penolong Ketua Jabatan HEP.
Monday, 30 August 2021
Webinar Kemerdekaan Siri 1/2021 Anjuran Unit Pusat Sumber IPGKRM
Webinar Kemerdekaan Siri 1/2021 Anjuran Unit Pusat Sumber IPGKRM telah berlangsung pada 27 Ogos 2021 secara maya melalui saluran Youtube Melewar Channel. Ketua Unit Pusat Sumber, En. Mohd Affandi bin Abu bertindak selaku Moderator bersama dengan panel-panel iaitu En. Badurhisham bin Mohd Zin, En. Norazlan bin Ismail dan En. Akbar bin Amran. Tajuk Webinar Kemerdekaan: Sejarah, Seni dan Muzik. Panel-panel jemputan merupakan pensyarah-pensyarah IPGKRM yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang berkaitan dengan tajuk webinar.
Bagi anda yang berminat untuk menonton webinar ini sila klik pautan:
Webinar Kemerdekaan: Sejarah, Seni dan Muzik
Monday, 23 August 2021
Program Buku Kita 2021: Bicara Khas Bersama Dr. Abdullah bin Yusof
Friday, 13 August 2021
Majlis Pelancaran Pameran Maya Kemerdekaan 2021 Anjuran UPS, IPGKRM
Majlis perasmian dan pelancaran pameran maya kemerdekaan telah berlangsung pada 13 Ogos 2021 secara maya. Majlis disempurnakan oleh Puan Timbalan, Dr. Masitah binti Mohammad Yusof. Pameran ini disediakan sempena sambutan bulan kemerdekaan bagi tahun 2021. Pa,eran secara maya adalah bersesuaian dengan keadaan semasa akibat pandemik covid-19.
Tuesday, 3 August 2021
Pelancaran Perpustakaan Maya IPGKRM
Friday, 28 May 2021
Perpustakaan Maya IPGKRM
Perpustakaan Maya ini merupakan perkhidmatan alternatif kepada perkhidmatan rujukan bahan fizikal. Pandemik Covid-19 telah menyebabkan perkhidmatan fizikal tidak dapat beroperasi sepenuhnya. Perpustakaan Maya adalah salah satu inisiatif Unit Pusat Sumber, IPGKRM untuk memenuhi keperluan pengguna. Perkhidmatan ini dapat membantu pengguna untuk mendapatkan kandungan bahan secara digital. Bahan-bahan digital dalam perpustakaan maya ini adalah dari sumber terbuka dan juga bahan digital yang telah dilanggan oleh melalui eLib IPG dan u-Pustaka. Bahan-bahan digital ini boleh dijadikan sumber rujukan ilmiah untuk penyelidikan dan kajian. Perpustakaan Maya ini akan sentiasa dikemaskini bagi memenuhi keperluan kepada pengguna. BukuElektronik (e-book) akan dikemaskini setiap hari. Dapatkan artikel-artikel jurnal terkini di pautan bahan digital.



















































