Friday, 14 July 2023

Hari Terbuka Pusat Sumber 2023 #HTPS2023

 




Hari Terbuka Pusat Sumber 2023 (HTPS2023) telah diadakan pada 12 Julai 2023 yang lalu. HTPS2023 telah dirasmikan oleh YB. Dato'  Dr. Mohamad Rafie bin Ab. Malek, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, Kerajaan Negeri Sembilan.  

Program dimulakan dengan slot resensi buku yang disampaikan oleh Dr. Wan Ali Akbar bin Wan Abdullah pada jam 8.30 pagi. Beliau mengupas perjalanan penulisan buku yang bertajuk Inovasi Pendidikan Islam - Inspirasi dan Transformasi. Program diteruskan lagi dengan Pertandingan Open Stage yang disertai oleh sekolah-sekolah yang terpilih. Persembahan terdiri daripada pelbagai jenis seperti nyanyian, bercerita, pidato dan wushu. 

Seterusnya, Majlis Perasmian Hari Terbuka Pusat Sumber 2023 dan Pelancaran Portal Pusat Rujukan Peradaban & Penyelidikan Ketamadunan Adat Perpatih Sedunia (PRADAKAPS) berlangsung pada jam 11.30 pagi. Majlis perasmian dimulakan dengan ketibaan tetamu kehormat, nyanyian lagu Negaraku, deklamasi sajak oleh Pn. Hjh. Ratna Laila binti Shahidin yang bertajuk Tiada Yang Ada, bacaan doa dan diserikan lagi dengan persembahan nyanyian oleh pelajar IPG Kampus Raja Melewar. Setelah itu, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah IPG Kampus Raja Melewar, Encik Mohamad Zaidi bin Ishak dan deklamasi sajak yang bertajuk Anugerah Ukhuwah oleh Encik Amran bin Bakar. Sejurus selepas itu, berlangsungnya tayangan video dan pelancaran buku Laungan Puitis di Puncak Bukit Kepayang dan Tempur. Majlis diteruskan dengan agenda yang dinanti-nanti iaitu ucapan perasmian oleh YB Dato' Dr. Mohamad Rafie bin Ab. Malek.

YB Dato' Dr. Mohamad Rafie bin Ab. Malek. menyempurnakan gimik perasmian Hari Terbuka Pusat Sumber 2023 dan Pelancaran Portal Pusat Rujukan Peradaban & Penyelidikan Ketamadunan Adat Perpatih Sedunia (PRADAKAPS). Perasmi juga telah menyempurnakan penyampaian cenderamata kepada agensi dan pempamer dalam program ini dan acara terakhir yang berlangsung ialah kejutan sempena hari lahir beliau.  Seterusnya, tetamu kehormat dibawa berkunjung ke galeri PRADAKAPS dan menjamu selera di Bilik Biduanda sebelum merakamkan gambar kenangan. 

Friday, 16 June 2023

Penyerahan Buku Hasil Penulisan Pelajar


Perpustakaan Melewar menerima 2 judul buku baharu hasil penulisan pelajar IPGKRM iaitu Njng Ezzlyn Zakaria dan Nur Ain Rabiatul Farraliza M. Kasim dibawah selian pensyarah Pn Hjh Roslimah Saat. Semoga menjadi inspirasi kepeda pelajar lain untuk menulis dan menerbitkan buku. serta bukubuku yang telah terbit dapat dimanfaatkan oleh warga IPGKRM

Thursday, 1 June 2023

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023





Pada 31 Mei 2023 (Rabu) seramai 21 Pensyarah dan Staf bersama 39 orang Pelajar IPGKRM telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (KLIABF2023) yang berlangsung di World Trade Centre KL.

Program dianjurkan bagi mendekatkan warga IPGKRM dengan Kota Buku KL disamping mendapatkan naskah-naskah bacaan terkini daripada pelbagai pembekal dari dalam dan luar negara.
Pada KLIBF2023 kali ini KPM telah terpilih sebagai Kementerian Tamu, Sarawak sebagai Negeri Tamu manakala Cina sebagai Negara Tamu.

Friday, 19 May 2023

Jom Baca 10 Minit Bersama Si Cilik




Pada 18 Mei 2023 (Khamis) telah berlangsung Program Jom Baca Bersama 10 minit serentak seluruh negara. Perpustakaan Melewar turut bersama menganjurkannya bersama Anak-anak Pra Sekolah Melewar di Book Garden UPS dengan beberapa pengisian seperti sesi bercerita, perongsian bahan bacaan kanak-kanak dan penyampaian cenderahati. Turut sama membaca 10 minit ialah pensyarah dan staf IPGKRM di lokasi sendiri. Tahniah dan terima kasih diucapkan kpada staf UPS dan Guru serta Pembantu Murid Pra Sekolah Melewar yang telah membantu menjayakan program ini. Tidak lupa para pensyarah dan staf IPGKRM yang membaca buku sendiri.

Wednesday, 22 February 2023

Lawatan Penanda Aras Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn



Unit Pusat Sumber IPGKRM telah menerima kunjungan daripada Unit Pusat Sumber IPGK Tun Hussein Onn. Kunjungan ini merupakan Lawatan Penanda Aras bagi staf UPS, Pensyarah dan Pelajar IPGK Tun Hussein Onn. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti Taklimat Perpustakaan daripada En. Mohamad Fadzili (Pustakawan IPGKRM), lawatan ke PRADAKAPS, SMC (aktiviti terapi), Studio Melewar dan sekitar Unit Pusat Sumber

Wednesday, 15 February 2023

Kunjungan Hormat Ke Perpustakaan Negara Malaysia

Unit Pusat Sumber IPGKRM telah mengadakan kunjungan hormat ke Perpustakaan Negara Malaysia di Kuala Lumpur. Kunjungan ini adalah bagi menyatakan hasrat kerjasama dalam beberapa program dan berkongsi idea dan pandangan untuk memajukan Perpustakaan Khusus Gunasama (PKG) di IPGKRM Kunjungan diketuai En. Mohd Affandi Abu (KUPS) En. Mohamad Fadzili Baharin (Pustakawan) dan Pn. Fauziah Daud (Pembantu Pustakawan Kanan) manakala PNM diwakili Pn. Mayumi binti Ahmat, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan.

Tuesday, 10 January 2023

Selamat Datang Encik Maniwanan ke UPS dan Terima Kasih Puan Khatijah

 




Memulakan tahun 2023, UPS telah menerima staf En. Maniwanan yang bertukar dari Unit Fasiliti menggantikan Puan Khatijah Shafiei yang bertukar ke Unit Percetakan. Selamat bertugas di UPS kepada En. Maniwanan dan terima kasih Pn. Khatijah atas sumbang bakti selama bertugas di UPS.

Thursday, 22 December 2022

Lukisan Abstrak MEKAR hasil karya En. Norazlan bin Ismail

 



Pihak Pusat Sumber merasa bertuah kerana menerima hasil karya En. Norazlan bin Ismail mantan pensyarah PSV untuk dijadikan latar belakang pentas. Karya ini bertemakan MEKAR berinspirasikan model paradigma MEKAR. Terima kasih kepada En. Norazlan atas sumbangan karya tersebut.

Friday, 2 September 2022

Laungan Puitis di Puncak Kepayang



Unit Pusat Sumber dengan kerjasama Kelab Melewar IPGKRM telah mengadakan aktiviti pendakian Bukit Kepayang dan deklamasi puisi kemerdekaan bersempena dengan 31 Ogos. Aktivti ini turut dijayakan oleh Kelab Rakan Perpustakaan. 10 buah puisi telah dideklamasikan di puncak Bukit Kepayang.

Wednesday, 31 August 2022

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2022

Unit Pusat Sumber telah mengadakan kemuncak bulan kemerdekaan 2022 pada malam 30 Ogos 2022. Antara aktivti-aktiviti yang dijalankan ialah tayangan filem patriotik, kuiz kemerdekaan dan Info Hunt. Aktiviti telah dijayakan oleh Kelab Rakan Perpustakaan.






Friday, 5 August 2022

Taklimat Pelajar Baharu PPISMP dan PISMP ambilan Jun 2022

Sesi Taklimat Pelajar Baharu PPISMP dan PISMP ambilan Jun 2022 telah diadakan pada 3 dan 4 Ogos 2022. Pelajar diberikan taklimat berkaitan perkhidmatan perpustakaan dan pencarian bahan rujukan dalam talian.



Saturday, 30 July 2022

Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM-KTMB

Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM-KTMB dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan telah diadakan pada 28 hingga 29 Julai yang lalu. Unit Pusat Sumber telah diwakili oleh Pustakawan, En. Mohamad Fadzili bin Baharin dan Puan Hamimi binti Mohd Nozlan. Beberapa sesi pembentangan telah diadakan semasa perjalanan tersebut. Unit Pusat Sumber turut serta dalam membantu PPANS menganjurkan sesi membaca dalam tren.





Friday, 29 July 2022

CPD: Kursus Asas Penulisan dan Penerbitan Buku untuk Guru-Guru Sekolah Negeri Sembilan (Siri 1 dan 2)

Kursus Asas Penulisan dan Penerbitan Buku untuk Guru-Guru Sekolah Negeri Sembilan (Siri 1 dan 2) telah berlangsung pada 21 dan 27 Julai 2022. Seramai 60 orang guru-guru telah menghadiri kursus ini. 





Friday, 10 June 2022

Lawatan Pesta Buku Antarabangsa 2022

 


Unit Pusat Sumber telah menganjurkan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 pada 9 Jun 2022. Seramai 19 orang warga IPGKRM telah menyertai lawatan ini.

Thursday, 9 June 2022

Program Perkongsian Pintar Unit Pusat Sumber IPG Kampus Raja Melewar dan IPG Kampus Pendidikan Islam.

Program Perkongsian Pintar antara Unit Pusat Sumber IPG Kampus Raja Melewar dan IPG Kampus Pendidikan Islam telah diadakan pada 8 Jun 2022. Program ini merupakan lawatan rasmi dari Unit Pusat Sumber IPG Kampus Pendidikan Islam yang kedua untuk tahun ini. Rombongan IPG Kampus Pendidikan Islam diketuai oleh Ketua Pusat Sumber, Puan Hajah Maryati binti Mohd Amin. 





Friday, 13 May 2022

Jamuan Hari Raya Unit Pusat Sumber IPGKRM

Unit Pusat Sumber telah mengadakan jamuan hari raya pada 13 Mei 2022. Semua warga IPGKRM telah dijemput untuk sama-sama meraikan.






Friday, 22 April 2022

Iftar Kelab Rakan Perpustakaan IPGKRM

Majlis Iftar anjuran Unit Pusat Sumber untuk meraikan pelajar-pelajar Kelab Rakan Perpustakaan IPGKRM sesi 2021/2022. Seramai 43 pelajar telah menghadiri majlis ini.




Jom baca 10 minit bersama pembaca cilik

Perpustakaan Melewar telah mengadakan program bersama pembaca cilik sempenan Jom Baca 10 Minit Bersama pada 21 April 2022. Program ini menampilkan pelajar-pelajar Prasekolah Melewar yang turut serta menjayakan Jom Baca 10 Minit Bersama pada tahun ini. Program ini telah dikelolakan oleh Puan Hamimi Mohd Nozlan dan Puan Nurul Idayu Abdul Aziz serta turut dibantu oleh semua staf Unit Pusat Sumber. 






Tuesday, 22 March 2022

Latihan Pembangunan Staf Anjuran Unit Pusat Sumber

LPS anjuran UPS dan UPsK telah diadakan pada 21 Mac 2022. LPS ini memberi penekanan kepada pengurusan komunikasi dan pengurusan stres. Kaunselor En. Mohd Fahridzakki Abd Rahman bertindak selaku fasilitator untuk LPS kali ini. LPS ini telah dihadiri oleh staf Anggota Kumpulan Pelaksana, IPGKRM. 




Wednesday, 9 March 2022

Bengkel Tatacara Permohonan ISBN, e-ISBN dan ISSN serta Percetakan Buku

Bengkel Tatacara Permohonan ISBN, e-ISBN dan ISSN serta Percetakan Buku telah diadakan secara atas talian pada 8 Mac 2022. Bengkel ini diadakan bagi memenuhi permintaan penulis-penulis dalam kalangan warga IPG. Bengkel ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari pelbagai pihak. Bengkel ini merupakan program berimpak tinggi yang telah berjaya dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber IPGKRM. Penganjur telah menjemput 3 orang panel pakar dari perpustakaan Negara Malaysia dan Syarikat Percetakan. Perpustakaan Negara Malaysia diwakili oleh Puan Amy Zurina Abdullah dan Puan Jamiliana Jamil. Syarikat Aras Mega pula telah diwakili oleh Puan Nurulhuda Sulaiman. Ketua Unit, En. Mohd Affandi Abu bertindak selaku moderator sepanjang bengkel dijalankan.