Friday, 25 May 2012

Kursus Pendigitan Bahan 2012

Satu bengkel pendigitan bahan sumber maklumat telah diadakan pada 23 Mei 2012. Bengkel ini telah diadakan di Bilik Biduanda Pusat Sumber IPGKRM. Bengkel selama 3 jam ini telah disampaikan oleh En. Fuad dan En. Huzaifah  iaitu Pensyarah dari Jabatan Tenologi Pendidikan.
Selama 3 jam peserta yang terdiri daripada staf Pusat Sumber telah ditunjukkan cara-cara mengendalikan bahan dan peralatan untuk membuat imbasan (scan) dengan betul. Antara objektif utama bengkel ini adalah untuk menyimpan bahan pusat sumber dalam bentuk pdf dan memudahkan pengguna mengakses bahan tersebut dengan cepat dan mudah.



Thursday, 10 May 2012

Taklimat U-Library

Satu Taklimat ringkas telah disampaikan oleh En. Zainudin dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri  Sembilan. Majlis yang berlangsung pada 8 Mei 2012 ini telah dihadiri oleh seremai 30 orang jemputan yang terdiri daripada pelajar IPGKRM dan orang awam. Majlis initelah diadakan di Bilik Micro Teaching Jabatan Teknopen.




Perkhidmatan u-Pustaka merupakan satu inovasi yang memanifestasikan sinergi kolaboratif dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan sokongan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta ahli-ahli Konsortium u-Pustaka seperti berikut:
Seiringan dengan itu, Projek Perintis u-Pustaka direalisasikan menerusi kolaborasi inovatif bersama/dengan agensi-agensi berikut:

Saturday, 17 March 2012

Lawatan Penanda Aras Ke IPG Perempuan Melaka

Satu Lawatan Penanda Aras ke IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka  telah berjaya dilaksanakan pada 15 Mac 2012. Lawatan ini telah disertai oleh 13 orang Library Tutor IPGKRM dan enam orang staf Pusat Sumber. Antara tujuan utama lawatan ini adalah untuk melihat perkhidmatan, aktiviti dan teknologi yang digunakan oleh perpustakaan IPG lain. Rombongan kami telah disambut oleh Ketua Pusat Sumber Encik Nasharudin dan kakitangannya.


Wednesday, 1 February 2012

Pameran Raja Kita Negeri Sembilan 2012

Satu pameran Raja Kita bersempena Hari Keputeraan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir yang ke-64 telah diadakan di ruang legar Pusat Sumber IPGKRM. Pameran yang berlangsung dari 25-27 Januari 2012 ini telah menarik minat para pelajar dan staf untuk mengetahui lebih dekat pemerintah Negeri Sembilan sejak dahulu hingga kini.