Thursday, 27 February 2014

Pameran dan Jualan Buku Love Community Centre

Pada 24 Februari 2014 satu pameran dan jualan buku telah diadakan di hadapan Pusat Sumber. Aktiviti ini merupakan aktiviti bulanan yang telah dirancang setiap tahun. Pameran oleh Syaraikat Love Community Centre ini mendapat sambutan yang menggalakkan khususnya daripada pelajar berbangsa Cina.









Tuesday, 14 January 2014

Pameran Sempena Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan 2014

Bersempena dengan Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan 2014 pusat sumber telah mengambil inisiatif mengadakan pameran latarbelakang dan sejarah hidup baginda. Kerjasama daripada Lembaga Muzium Negeri Sembilan ini memberi maklumat kepada pelajar IPGKRM khususnya latarbelakang dan aktiviti baginda. Pameran yang diadakan di lobi pusat sumber initelah mendapat tumpuan pengunjung pusat sumber selama aktiviti ini berlangsung.




Monday, 13 January 2014

Pameran Sempena Maulidur Rasul 1435 Hijrah

Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun 1435 Hijrah 2014 Masihi Pusat Sumber telah menganjurkan satu pameran sejarah kehidupan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Sifat dan kehidupan Nabi haruslah menjadi contoh ikutan umat Islam pada masa kini. Pameran yang berlangsung di pintu masuk pusat sumber ini mendapat sambutan warga IPGKRM.



Saturday, 21 December 2013

Selamat Pengantin Baharu Along dan Izah

Staf pusat sumber IPGKRM mengucapkan selamat Pengantin Baharu kepada En. Khaife Azmi dan Nurizah sempena majlis akad nikah 20 Disember 2013. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Friday, 27 September 2013

Sekitar Pameran Integriti

Pameran Integriti telah diadakan bersempena dengan Minggu Integriti Peringkat IPG Kampus Raja Melewar. Minggu Integriti ini diadakan juga serentak 27 IPG seluruh Malaysia. Pusat Sumber telah ditugaskan untuk menganjurkan aktiviti pameran agensi-agensi kerajaan berkaitan dengan penguatkuasaan dan hal ehwal awam.

Pusat Zakat Negeri Sembilan

Jabatan Kebajikan Masyarakat NS

Tabung Haji

Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NS (JHEAINS)


Unit Halal JHEAINS

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

Bomba NS

Unit Tabung Darah HTJS

Bomba

SPRM




Taklimat SPRM bersama Pengarah IPGKRM Tn. Hj . Musa Abdullah

Pengarah IPGKRM bersama Unit Halal





PDRM

Kenangan  Perpustakaan Awam Negeri Sembilan


Sunday, 22 September 2013

Kursus Asas Blog

Kursus Asas Blog
Tarikh : 20 September 2013
Masa: 8.30 pagi hingga 4.30 petang

Kursus asas Blog telah diadakan mengikut takwim perancangan Latihan Pembangunan Staf. Seramai 8 orang perserta yang terdiri daripada staf pusat sumber telah menyertai kursus ini. Penceramah kursus ini ialah En Asyraff dan En. Faris dari UNISEL.
Peserta diberi pendedahan mengenai pengenalan kepada blog, teori dan praktikal membuat blog. Diakhir kursus ini peserta telah mendapat kefahaman dan pendedahan asas dan cara mudah untuk membina, mengurus dan mengendalikan blog.







Thursday, 15 August 2013

Minal Aidil Wal Fa'izin



Sempena bulan Syawal yang mulia ini, kakitangan Pusat Sumber IPGKRM mengambil kesempatan menyusun jari memohon ampun dan maaf atas segala khilaf yang terzahir pada perilaku juga batin yang terhijab tanpa disedari. Syawal yang diraikan dengan kemeriahan menjadi lebih bermakna andai disulam kesederhanaan dengan erti kejayaan yang hakiki. Moga setiap ibadah yang dirafa'kan di bulan Ramadhan dapat memberi anjakan paradigma dalam rutin harian kita di sepanjang tahun. Harapan  istiqamah yang didamba menjadi nyata terlaksana pada puncak kecemerlangan iman. Moga tiap ikhtiar, doa dan penyerahan jiwa di sepanjang Ramadhan diterima-Nya. 
Salam Aidil Fitri.

p/s: Berhati-hati di jalan raya.. 
      Biar lambat asalkan selamat..
      Ingatlah orang yang tersayang..

Moga Perjalanan Pulang Ke IPGKRM dipermudahkan.. Amiin 

Wednesday, 10 July 2013

Ramadhan Al Mubarak



Dikesempatan pagi yang mulia ini kami ingin mungucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1434 Hijrah. Sekarang ini kita berada pada hari pertama bulan mulia, bulan yang dirindui, bulan yang dibuat janji untuk mentaati Allah sebanyak-banyaknya, bulan yang amat sesuai untuk kita menambah bekalan serta mengharap keredhaan Allah. 

Ramadhan merupakan penghulu segala bulan, ia adalah bulan yang dipenuhi dan dilimpahi dengan segala keharmonian. Di dalamnya terdapat satu malam yang terlebih baik dari seribu bulan iaitu malam lailatul qodar yang dinantikan. Ramadhon adalah bulan penyucian jiwa dari kesalahan dan dosa-dosa, bulan yang penuh keberkatan, bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya selamat dari api neraka. 


"Dari Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu, Rasulullah saw bersabda "Semua amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, kerana puasa itu untukKu dan Aku akan membalasnya, puasa adalah perisai, jika salah seorang sedang berpuasa, janganlah berkata keji dan meninggikan suara, jika ada yang mencercanya atau memeranginya maka ucapkanlah "Aku sedang berpuasa". Sesungguhnya bau mulut orang yang sedang berpuasa adalah lebih wangi di sisi Allah Azzawajalla daripada bau misk. Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan, jika berbuka mereka gembira, jika bertemu Rabbnya mereka gembira kerana puasa mereka" 

Muttafaq Alaih... 

Ramadhan bulan zuhud bukan bulan bermewah

Menyambut ketibaan bulan-bulan mulia
Menanti ketibaan bulan ramadhan
Puasa ramadhan dan kelebihannya


~MohdAsyraffBinAbdulLatiff~