Pusat Sumber IPG Kampus Raja Melewar telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke
 Pusat Sumber IPG Tun Husein Onn Batu Pahat Johor pada 12 September 2012. Lawatan tersebut  telah disertai 
oleh 8 orang kakitangan perpustakaan.
Kami telah disambut oleh En. Razalai, Ketua Pusat Sumber (KPS). Seterusnya, kami telah diberi penerangan  
ringkas berkenaan fungsi Perpustakaan UTHM dan  
perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka. 
Lawatan ini juga bertujuan untuk melihat model dan aplikasi secara online yang telah dipraktikkan oleh Pusat Sumber mereka, ini secara tidak langsung, sesi penerangan dan lawatan  tersebut telah  memberikan 
kami peluang untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan  berkenaan 
perkhidmatan perpustakaan dan aktiviti-aktiviti untuk  peningkatan 
kualiti perkhidmatan.