Showing posts with label Bahan Rujukan. Show all posts
Showing posts with label Bahan Rujukan. Show all posts

Monday, 18 January 2021

Perkhidmatan Terkini Perpustakaan Melewar (2021)

Tahun 2020 telah melabuhkan tirai dalam situasi yang penuh dengan cabaran. Pandemik Covid-19 telah merubah kehidupan seluruh dunia secara paksa. Kehidupan dalam norma baharu adalah satu istilah yang yang bukan lagi asing dalam masyarakat kini. Begitu juga yang berlaku dalam aktiviti dan operasi pengurusan perpustakaan. Perkhidmatan dalam norma baharu yang diperkenalkan telah dapat menampung keperluan dalam menyediakan bahan sumber rujukan kepada pengguna. 

Bagi tahun 2021, Perpustakaan Melewar akan memantap dan menambahbaik perkhidmatan bagi menampung keperluan semasa. Antara perkhidmatan baharu yang diperkenalkan ialah:

1. Sudut komputer

    Menyediakan komputer sebagai khidmat sokongan kepada pengguna yang tidak mempunyai 

    komputer riba.



2. Ruang serbaguna (Foyer Pusat Sumber)

    Ruangan yang sedia diguna untuk sepanjang masa sama ada semasa ada diluar waktu perkhidmatan.



3. Pusat dokumentasi MEKAR

    Bilik Biduanda akan dijadikan tempat mempamer dokumen dan aktiviti berkaitan MEKAR.



4. Sudut Bahagia MEKAR 

    Ruangan hadapan Perpustakaan Melewar yang dihias dan disusun atur secara santai. 

    Terdapat koleksi album-album yang mengandungi gambar-gambar lama IPGKRM.



Sebagai menyokong iltizam pihak pengurusan untuk menjadikan IPGKRM sebagai pusat penyelidikan dan rujukan, dua pusat telah mula beroperasi di Pusat Sumber.

1. Pusat Pengurusan Stres (SMC)

2. Pusat Penyelidikan dan Galeri Adat Perpatih



Saturday, 13 October 2012

Tuesday, 9 October 2012

Koleksi Melewar

Koleksi Melewar merupakan pusat simpanan segala hasil penerbitan ilmiah yang diterbitkan daripada jabatan-jabatan dan unit -unit di IPG Kampus raja Melewar. Buat masa ini kami akan memaparkan tajuk-tajuk yang terdapat di dalam sesuatu penerbitan tersebut manakala teks penuh boleh dirujuk di Pusat Sumber. Semua bahan Koleksi Melewar ini telah ditandakan dengan label kuning dan dilengkapi dengan nombor untuk memudahkan pengguna mengakses.


1.  Wacana Pengamal Reflektif  2012. Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Raja Melewar
2.    Keberkesanan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Terhadap Kemampuan Membaca  Murid murid Tahun Satu. IPG Kampus Raja Melewar.
3.   Tinjauan Kefahaman Patriotisme Dalam Kalangan Pelajar Institut Perguruan Kajian Kes di Institut Perguruan  Raja Melewar Seremban, Negeri Sembilan. Nadarajan Marimuthu, Jabatan Ilmu Pendidikan, 2006
4.    Tahap Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru pelatih  KPLI (M) Maktab Perguruan Raja Melewar Sewaktu Menjalani Praktikum. Mohd Aris Bin Othman, Hajah Siti fatihah Binti Abdullah, Hajah Asmah Binti Abd Rahman, Jabatan Kajian Sosial, 2004.

 5.   Jangkaan Pelajar Terhadap Sekolah Yang Mereka Ingini.  Amanah bt Mohd noor, Jamaliah bt hashim, Johari bin Talib,bt. Abdullah Rosaini bt Khalid, Sansinah bt. Hashim, Siti Fatihah bt Abdullah,  2002.
6.  Tahap Kecerdasan Pelbagai Pelajar-Pelajar PraPISMP Di Institut Perguruan Raja Melewar, Seremban. Ravi Balan a/l P. Arumugam, Muniandy a/l Varathan, Palani a/l Krishnasamy, 2007

Tuesday, 11 September 2012

Jurnal Melewar

Jurnal Melewar merupakan himpunan hasil kajian dan penyelidikan warga IPG Kampus Raja Melewar Seremban. Berikut merupakan himpunan artikel penulisan dari setiap jurnal yang terhasil.

1. Bil. 2 Jul-Dis 1995
2. Bil. 3 Jul-Dis 1997
3. Bil. 4 Nov 1998
4. Bil. 5 Nov 1999
5. Bil. 7 Jun 2003
6. Bil. 8 Okt 2004
7. Bil. 9 Ogos 2005
8. Bil. 10 Sept 2006
9. Bil. 11 Ogos 2007
10. Bil. 12 Ogos 2008