Showing posts with label IPGKRM. Show all posts
Showing posts with label IPGKRM. Show all posts

Tuesday, 23 March 2021

Kunjungan Hormat Pengarah IPGKRM ke Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan

 



Sesi kunjungan hormat Tuan Pengarah IPGKRM bersama delegasi ke PPANS pada 22 Mac 2021 berlangsung dalam norma baharu dan mengikut SOP yang berkuatkuasa. YBhg. Dr. Mazlan bin Aris turut diringi oleh Puan Timbalan Pengarah YBrs. Dr. Masitah binti Mohammad Yusof, Ketua Unit Pusat Sumber En. Mohd Affandi bin Abu, Pustakawan En. Mohamad Fadzili Baharin dan Pegawai Pengurusan Pn. Nurulhidayah binti Alias.

Sesi kunjungan hormat disambut oleh YBhg Puan Jamilah @ Chumila binti Hj Katis, Pengarah PPANS dan YBrs. En. Hamdan bin Nordin. Sesi kunjungan hormat ini telah membuahkan hasil dan beberapa program dan aktiviti koloborasi antara dua agensi akan dilaksanakan.

Wednesday, 10 March 2021

Gimik Pelancaran Program Bakul Buku IPGKRM 2021

Majlis Pelancaran Program Bakul Buku IPGKRM telah disempurnakan dalam gimik penyerahan bakul buku oleh Ketua Unit Pusat Sumber, En. Mohd Affandi bin Abu kepada YBrs. Tuan Pengarah, Dr. Mazlan bin Aris. Majlis tersebut berlangsung pada 5 Mac 2021 di Majlis Perhimpunan Pensyarah & Pelajar IPGKRM Bil.2/2021 di Balai Kerapatan.

Program Bakul Buku IPGKRM 2021 bermatlamat untuk mengisi masa lapang warga kampus dengan membaca buku. Setiap Jabatan dan Unit akan dibekalkan bakul yang berisi buku dan akan mempunyai pusingan pertukaran bagi setiap bakul buku.



Friday, 26 February 2021

Program Bakul Buku 2021

Unit Pusat Sumber melalui aktiviti galakan membaca menampilkan Program Bakul Buku 2021. Program ini juga adalah salah satu aktiviti menyemarakkan sudut bahagia di setiap Jabatan/Unit di IPGKRM. Setiap Jabatan/ Unit  diberi pilihan untuk memilih bahan bacaan atau dicadangkan oleh pihak UPS. Bakul buku ini akan mempunyai pusingan selama 2 minggu bagi setiap giliran Jabatan/ Unit. 

Unit Praktikum IPGKRM menjadi Unit pertama yang menyokong program ini. Ketua Unit Pusat Sumber, Encik Mohd Affandi bin Abu telah menyerahkan bakul buku kepada Ketua Unit Praktikum En. Mohd Tahir bin Abdul Talib. Penyerahan bakul buku 2021 akan menemui Jabatan/Unit lain pada masa yang lain pula.

Untuk pengunjung bukan warga IPGKRM yang ingin mengetahui apa itu sudut bahagia dan konsep MEKAR boleh kunjungi blog MEKAR untuk maklumat lanjut.




Monday, 18 January 2021

Perkhidmatan Terkini Perpustakaan Melewar (2021)

Tahun 2020 telah melabuhkan tirai dalam situasi yang penuh dengan cabaran. Pandemik Covid-19 telah merubah kehidupan seluruh dunia secara paksa. Kehidupan dalam norma baharu adalah satu istilah yang yang bukan lagi asing dalam masyarakat kini. Begitu juga yang berlaku dalam aktiviti dan operasi pengurusan perpustakaan. Perkhidmatan dalam norma baharu yang diperkenalkan telah dapat menampung keperluan dalam menyediakan bahan sumber rujukan kepada pengguna. 

Bagi tahun 2021, Perpustakaan Melewar akan memantap dan menambahbaik perkhidmatan bagi menampung keperluan semasa. Antara perkhidmatan baharu yang diperkenalkan ialah:

1. Sudut komputer

    Menyediakan komputer sebagai khidmat sokongan kepada pengguna yang tidak mempunyai 

    komputer riba.



2. Ruang serbaguna (Foyer Pusat Sumber)

    Ruangan yang sedia diguna untuk sepanjang masa sama ada semasa ada diluar waktu perkhidmatan.



3. Pusat dokumentasi MEKAR

    Bilik Biduanda akan dijadikan tempat mempamer dokumen dan aktiviti berkaitan MEKAR.



4. Sudut Bahagia MEKAR 

    Ruangan hadapan Perpustakaan Melewar yang dihias dan disusun atur secara santai. 

    Terdapat koleksi album-album yang mengandungi gambar-gambar lama IPGKRM.



Sebagai menyokong iltizam pihak pengurusan untuk menjadikan IPGKRM sebagai pusat penyelidikan dan rujukan, dua pusat telah mula beroperasi di Pusat Sumber.

1. Pusat Pengurusan Stres (SMC)

2. Pusat Penyelidikan dan Galeri Adat Perpatih



Friday, 14 August 2020

Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019

Majlis Penyampaian APC 2019 telah berlangsung pada 13 Ogos 2020 bertempat di Perpustakaan Melewar, IPGKRM. Majlis disempurnakan oleh YBrs. Dr. Rusmini binti Ku Ahmad, Rektor IPGM dan turut dihadiri oleh Timbalan Rektor iaitu Dr. Nasharudin bin Basar dan Dr. Yazid bin Abdul Manap.

Pihak Perpustakaan Melewar mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan majlis.






Wednesday, 22 July 2020

Majlis Seni Budaya dan Persaraan IPGKRM

Unit Pusat Sumber telah diberi kepercayaan menjalankan kerja-kerja hiasan pentas untuk Majlis Seni Budaya dan Persaraan 2020. Pustakawan juga terlibat dalam persembahan semasa Majlis tersebut berlangsung.




Friday, 17 January 2020

'Library Tour' sempena taklimat Unit Pusat Sumber kepada pelajar Kolej GENIUS@pintar Kampus Raja Melewar




Seramai 90 orang pelajar Kolej GENIUS@pintar Kampus Raja Melewar telah melawat Perpustakaan Melewar sempena sesi taklimat Unit Pusat Sumber. Perpustakaan Melewar mengucapkan tahniah kerana terpilih dan selamat datang ke Perpustakaan Melewar. 

Saturday, 25 May 2019

Perhimpunan Staf Bil. 2 / 2019









Unit Pusat Sumber telah diberi kepercayaan bersama dengan Unit Praktikum, Unit Peperiksaan dan Unit Latihan Dalam Perkhidmatan IPGKRM untuk menjadi pengelola Majlis Perhimpunan Staf bilangan 2/2019. Ketua Pusat Sumber, Puan Faridah binti Din juga menjadi wakil pengelola untuk menyampaikan ucapan aluan semasa perhimpunan tersebut berlangsung.

Wednesday, 17 April 2019

Prapelancaran Dekad Membaca Kebangsaan dan Program Galakan Membaca Read & Share "membaca untuk semua"






Sempena Prapelancaran Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat IPGKRM, Program Galakan Membaca READ & SHARE "membaca untuk semua" telah diadakan pada 16&17 April 2019. Program ini adalah kolaborasi bersama Perpustakaan Negara Malaysia, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Puan Maizan Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia.

Thursday, 28 March 2019

Taklimat PS Digital kepada DINI / TAHFIZ Ambilan Nov 2018



Taklimat kepada pelajar DINI & TAHFIZ seramai 48 orang telah disampaikan oleh Pustakawan IPGKRM, En. Mohamad Fadzili bin Baharin dan dibantu oleh pelatih industri dari UiTM Rembau iaitu Nur Amirah Syafiqah binti Amer Izham dan Nur Dyianna binti Mohd Zin.

Antara penekanan yang diberikan adalah penggunaan e-lib IPG, Blog Perpustakaan IPGKRM dan lain-lain sumber rujukan dalam talian.