Showing posts with label malaysiamembaca. Show all posts
Showing posts with label malaysiamembaca. Show all posts

Friday, 26 February 2021

Program Bakul Buku 2021

Unit Pusat Sumber melalui aktiviti galakan membaca menampilkan Program Bakul Buku 2021. Program ini juga adalah salah satu aktiviti menyemarakkan sudut bahagia di setiap Jabatan/Unit di IPGKRM. Setiap Jabatan/ Unit  diberi pilihan untuk memilih bahan bacaan atau dicadangkan oleh pihak UPS. Bakul buku ini akan mempunyai pusingan selama 2 minggu bagi setiap giliran Jabatan/ Unit. 

Unit Praktikum IPGKRM menjadi Unit pertama yang menyokong program ini. Ketua Unit Pusat Sumber, Encik Mohd Affandi bin Abu telah menyerahkan bakul buku kepada Ketua Unit Praktikum En. Mohd Tahir bin Abdul Talib. Penyerahan bakul buku 2021 akan menemui Jabatan/Unit lain pada masa yang lain pula.

Untuk pengunjung bukan warga IPGKRM yang ingin mengetahui apa itu sudut bahagia dan konsep MEKAR boleh kunjungi blog MEKAR untuk maklumat lanjut.




Saturday, 6 April 2019

Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019





Lawatan ke PBAKL2019 telah disertai oleh 44 orang peserta terdiri daripada Pensyarah, AKP, Pelatih Industri dan Pelajar IPGKRM. Peserta juga berpeluang menyaksikan Majlis Pelancaran Logo Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia 2020.