Thursday, 28 March 2019
Taklimat PS Digital kepada DINI / TAHFIZ Ambilan Nov 2018
Taklimat kepada pelajar DINI & TAHFIZ seramai 48 orang telah disampaikan oleh Pustakawan IPGKRM, En. Mohamad Fadzili bin Baharin dan dibantu oleh pelatih industri dari UiTM Rembau iaitu Nur Amirah Syafiqah binti Amer Izham dan Nur Dyianna binti Mohd Zin.
Antara penekanan yang diberikan adalah penggunaan e-lib IPG, Blog Perpustakaan IPGKRM dan lain-lain sumber rujukan dalam talian.
Wednesday, 20 March 2019
Buku Resepi Dapur Panas Bonda
Terbitan Pusat Sumber IPG Kampus Raja Melewar
Disusun oleh Puan Faridah Binti Din & Cik Syazwani Izzatie Muhamad Yazid.
Buku versi e-book boleh dimuat turun pada pautan dibawah:
Wednesday, 6 March 2019
Quick Response Quick Reference
Ini adalah satu inisiatif bagi membantu memudahkan penggunaan perkhidmatan dalam talian. QR kod yang dimbas akan memudahkan pengguna menggunakan dengan telefon pintar masing-masing.
QR kod ini akan memudahkan pengguna mengakses web OPAC, eLib IPG, Blok Perpustakaan dan mengisi borang penilaian perkhidmatan perpustakaan.
Friday, 1 March 2019
Bengkel Literasi Maklumat
Bengkel Literasi Maklumat: E-Lib IPG telah disampaikan oleh 2 orang pelatih industri kepada seramai 80 orang pelajar. Bengkel tersebut diadakan selama 2 hari iaitu 26-27 Februari 2019. Bengkel ini amat bermanfaat kepada pelajar guru untuk tujuan penyelidikan dan kajian. Antara pangkalan data yang terdapat dalam e-Lib IPG ialah Emerald, iFocus, UDLIslamic dan ERIC.
Subscribe to:
Posts (Atom)