IPGKRM melalui Unit Pusat Sumber telah menyampaikan sumbangan buku-buku rujukan ilmiah kepada pelajar-pelajar Program Pensijilan MAINS, Komplek Al-Saadah. Delegasi IPGKRM diketuai oleh Ketua Unit Pusat Sumber En. Mohd Affandi Abu serta Pembantu Perpustakaan Kanan Pn. Fauziah Daud dan Pn. Hamimi Mohd Nozlan telah menyerahkan sumbangan buku kepada Ketua Bahagian Infrastruktur Khas PBMaINS, En. Zamri Ahmad Suhaimi.
Thursday, 15 October 2020
Wednesday, 7 October 2020
Majlis Perhimpunan Staf Bulan September & Oktober 2020 Anjuran Bersama Jabatan HEP, Unit Pusat Sumber & Unit Praktikum
Unit Pusat Sumber telah bekerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Unit Praktikum untuk menjayakan Majlis Perhimpunan Staf Bulan September & Oktober 2020 pada 7 Oktober 2020 di Balai Kerapatan.
Thursday, 3 September 2020
Thursday, 13 August 2020
Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019
Majlis Penyampaian APC 2019 telah berlangsung pada 13 Ogos 2020 bertempat di Perpustakaan Melewar, IPGKRM. Majlis disempurnakan oleh YBrs. Dr. Rusmini binti Ku Ahmad, Rektor IPGM dan turut dihadiri oleh Timbalan Rektor iaitu Dr. Nasharudin bin Basar dan Dr. Yazid bin Abdul Manap.
Pihak Perpustakaan Melewar mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan majlis.
Tuesday, 21 July 2020
Majlis Seni Budaya dan Persaraan IPGKRM
Unit Pusat Sumber telah diberi kepercayaan menjalankan kerja-kerja hiasan pentas untuk Majlis Seni Budaya dan Persaraan 2020. Pustakawan juga terlibat dalam persembahan semasa Majlis tersebut berlangsung.
Tuesday, 23 June 2020
Sesi Pembentangan Kumpulan Inovasi Unit Pusat Sumber K.I.U.P.S
Kumpulan Inovasi Unit Pusat Sumber, IPGKRM (K.U.I.P.S) telah membuat pembentangan sebagai persediaan untuk Pertandingan Inovasi MIND IPG 2020. Sesi pembentangan juga dihadiri oleh dua kumpulan lain yang juga akan turut sama menyertai pertandingan. Nantikan kemunculan inovasi pengurusan terbaru dari K.U.I.P.S demi menambahbaik mutu perkhidmatan perpustakaan.
Tuesday, 9 June 2020
Normal baharu dalam perkhidmatan perpustakaan
Oleh: Mohamad Fadzili bin Baharin
Kini
kita telah memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang
dijangka merupakan fasa terakhir dalam kaedah pengawalan pandemik Covid-19.
Setelah mengharungi fasa-fasa pkp yang terdahulu sejak 18 mac 2020, kita telah
melihat berlaku perubahan yang drastik dalam rutin harian kita sebagai pekerja,
pelajar mahupun individu yang tidak bekerja seperti surirumah dan kanak-kanak. Pandemik
Covid-19 telah mempengaruhi kehidupan, rutin dan normalisasi masyarakat global.
Perkhidmatan
perpustakaan seluruh dunia juga terkesan dengan situasi semasa. Kesemua
perkhidmatan bersemuka telah ditutup sepenuhnya dalam mengawal jangkitan
Covid-19. IFLA (The International Federation of Library Associations and
Institutions) selaku badan antarabangsa
yang mewakili perkhidmatan dan pengguna perpustakaan turut mengemaskini
maklumat dan idea secara berterusan dalam membantu perpustakaan dan pengguna
menghadapi pandemik Covid-19. Antara yang menjadi kunci utama dan disarankan
oleh IFLA adalah megenai keselamatan di tempat kerja iaitu perpustakaan. Setelah
memasuki fasa pemulihan, IFLA (2020) turut mencadangkan pembukaan semula
perkhidmatan perpustakaan secara fizikal mengikut kaedah dan prosedur yang
mengutamakan kesihatan petugas dan pengguna perpustakaan.
Semasa
fasa PKP dilaksanakan di Malaysia, kecenderungan pemilihan bahan bacaan lebih
kepada bahan berbentuk digital. Ini adalah termasuk penggunaan ‘e-book’ (eBuku),
‘audio-book’ (buku audio), dan bahan akses terbuka di internet. Pengguna
memilih untuk menggunakan perkhidmatan digital sebagai alternatif kepada bahan
fizikal. Populariti bahan digital pada masa ini telah mendahului kepentingan
bahan fizikal.
Walaupun
sebelum ini terdapat perkhidmatan bahan bacaan dan rujukan berbentuk
elektronik, tetapi kebergantungan pengguna kepada perkhidmatan bersemuka adalah
lebih jelas. Majoriti pengguna masih memerlukan buku dan bahan rujukan
berbentuk fizikal. Terdapat kajian yang telah membuktikan keperluan buku
fizikal adalah lebih tinggi berbanding eBuku. Kajian oleh Naomi Baaron (2017)
sebagai contoh telah menjelaskan dalam kajiannya 92% daripada pelajar memilih
untuk membuat rujukan dengan menggunakan
buku fizikal. Kajian beliau menjelaskan
bahawa pembaca akan lebih memberikan tumpuan dalam kaedah membuat rujukan dan
ulangkaji.
Perkhidmatan
perpustakaan juga tidak lari dari menerima kesan dalam perubahan rutin normal.
Jika sebelum ini perkhidmatan perpustakaan kebiasaannya adalah perkhidmatan
secara bersemuka kini berubah kepada normal baharu. Selama lebih dari 3 bulan
kita keluar dari rutin normal yang terdahulu kini kita perlu meletakkan normal
baharu sebagai rutin kehidupan seharian. Normal baharu dalam perkhidmatan
perpustakaan perlu diterapkan dalam fasa pemulihan ini bagi memastikan
perkhidmatan bersemuka secara kawalan dapat dilaksanakan.
Apakah
yang dimaksudkan dengan normal baharu dalam perkhidmatan perpustakaan?
1. Perkhidmatan bahan bacaan dan rujukan
atas talian.
Kita akui bahawa agensi-agensi berkaitan
seperti Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Akademik dan Perpustakaan
Agensi telah giat mempromosikan penggunaan buku elektronik dan
platform-platform untuk mengakses bahan-bahan rujukan lain berbentuk atas
talian. Kaedah mengakses bahan bacaan dan rujukan secara atas talian telah
mendapat sambutan yang baik dan berjaya mengambil alih bahan bacaan fizikal
semasa pandemik Covid-19. Kesemua usaha ini amat jelas sebagai alternatif
terbaik yang ditawarkan dalam perkhidmatan perpustakaan untuk mengakses bahan
bacaan semasa pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia.
2. Perkhidmatan perpustakaan fizikal dengan
SOP
Normal baharu dalam perkhidmatan
perpustakaan lebih berfokus kepada perkhidmatan berbentuk elektronik seperti
penggunaan eBuku dan sebagainya. Namun begitu, setelah kita memasuki fasa
pemulihan seharusnya perkhidmatan fizikal telah mula dibuka secara
berperingkat. Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan oleh pihak
berwajib boleh dilaksanakan sebagai kawalan untuk membuka perkhidmatan fizikal
kepada pengguna perpustakaan.
3. Perkhidmatan peminjaman dan pemulangan
buku pintu ke pintu
Perpustakaan perlu lebih proaktif dengan
perkhidmatan berinovasi yang boleh menggantikan kaedah lama dan digantikan
dengan normal baharu yang lebih fleksibel dan pada masa yang sama dapat
mengawal pergerakan pengguna. Inilah masa yang terbaik mempraktikkan kaedah
peminjaman dan pemulangan buku dari pintu ke pintu. Pelbagai kaedah boleh
dilaksanankan sama ada menggunakan perisian, aplikasi mobil dan emel ataupun
secara manual melalui panggilan telefon.
4. Perkhidmatan khidmat nasihat bahan
bacaan dan rujukan
Sudah sampai masanya perpustakaan
menjadikan normal baharu ini sebagai pemangkin untuk menonjolkan kemahiran dan
kepakaran kakitangan perpustakaan untuk membekalkan bahan bacaan dan rujukan
kepada pengguna. Pelbagai medium dan kaedah boleh digunakan untuk perkhidmatan
ini dapat dilaksanakan. Aktiviti promosi perlu dibuat bagi memastikan
perkhidmatan ini diketahui oleh pengguna.
Normal
baharu adalah penting dan perlu dilaksanakan semasa fasa pemulihan dan fasa
pasca Covid19. Inilah masa yang paling
sesuai untuk menjadikan normal baharu sebagai rutin dalam penyediaan perkhidmatan.
Perkhidmatan perpustakaan tetap relevan untuk memenuhi keperluan pengguna tidak
kira perkhidmatan bersemuka ataupun pembekalan bahan digital.
Rujukan:
Astroawani.com. 2020. COVID-19: Perpustakaan Negara
Tawar 13.2 Juta Bahan Bacaan Digital Secara Percuma. [online] Available at:
<http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-perpustakaan-negara-tawar-13-2-juta-bahan-bacaan-digital-secara-percuma-234173>
[Retrieved June 9, 2020].
IFLA (2020). COVID-19 and the Global Library Field.
[Online] Available at: <https://www.ifla.org/covid-19-and-libraries> [Retrieved
June 8, 2020].
Naomi, B. S. (2017). Attending
to reading in a digital age [PDF].
Wednesday, 13 May 2020
Langkah-langkah keselamatan Perpustakaan Melewar sepanjang tempoh PKPB
Pihak Perpustakaan Melewar (Unit Pusat Sumber) mengambil inisiatif keselamatan bagi memastikan penjarakan sosial dilakukan sebaik mungkin. berikut merupakan inisiatif yang telah diambil:
1. Garisan penjarakan sosial di kaunter pusat sumber
2. Poster peringatan penjarakan sosial
3. Penanda 'kosongkan' di kerusi meja rujukan dan kerusi mesyuarat bilik biduanda.
4. Hand sanitizer di kaunter
5. Pendaftaran kehadiran pengunjung.
Monday, 27 April 2020
Jom Baca 2020 Peringkat IPGKRM #stayathome #readathome
Jom Baca 2020 peringkat IPGKRM telah diadakan pada 23 April 2020 yang lalu. Walaupun dalam tempoh PKP akibat wabak COVID-19 sedikit pun tidak melunturkan semangat rakyat Malaysia untuk memeriahkan Jom Baca 2020 pada tahun ini. Begitu juga warga kampus IPGKRM yang terus bersemangat untuk menyokong aktiviti pembudayaan membaca. Semua warga IPGKRM yang mengambil bahagian telah menghantar gambar individu, pasangan dan keluarga. Berikut merupakan gambar-gambar pilihan sepanjang program yang dijalankan dna juga video kompilasi Jom Baca 2020.
untuk video yang lebih berkualiti sila layari facebook Perpustakaan Melewar
Wednesday, 11 March 2020
CPD - Kursus Pengurusan Pusat Sumber Sekolah GPM 2020: Siri 1/2020
CPD Kursus Pengurusan Pusat Sumber Sekolah GPM 2020 telah diadakan di Balai Ilmu, IPGKRM pada 11 Mac 2020 (Rabu). Kursus ini disertai oleh majoritinya terdiri daripada GPM dari PPD Sepang, Selangor dan beberapa GPM sekitar Seremban. Kursus ini memberikan pendedahan mengenai konsep pengurusan pusat sumber yang meliputi pelbagai aspek yang terdapat dalam instrumen penilaian pusat sumber sekolah. Peserta juga diberi pendedahan kepada beberapa aspek teknikal dalam pengurusan koleksi pusat sumber. Puan Faridah Din dan Encik Mohamad Fadzili Baharin bertindak sebagai penceramah dan dibantu oleh staf Perpustakaan Melewar sebagai fasilitator. Pihak Unit Pusat Sumber turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pembangunan Latihan terutamanya kepada pegawai pengurusan Unit Latihan Dalam Perkhidmatan yang membantu dari awal perancangan CPD sehingga kursus ini tamat dengan jayanya.
Tuesday, 10 March 2020
Kursus Pengurusan Pusat Sumber untuk Jurulatih Utama GPM Negeri Sembilan 2020
Kursus Pengurusan Pusat Sumber untuk Jurulatih Utama GPM Negeri Sembilan 2020 telah diadakan di SSTP Port Dickson pada 9 hingga 11 Mac 2020. Puan Faridah Din dan Encik Mohamad Fadzili Baharin telah dijemput sebagai penceramah pada 9 dan 10 Mac 2020. Program ini juga turut disertai Puan Hamimi dan Encik Khaife selaku fasilitator.
Monday, 2 March 2020
Projek Mural Model Paradigma MEKAR
Staf Perpustakaan Melewar telah diamanahkan oleh Tuan Pengarah untuk menjadikan Model Paradigma Mekar yang dihasilkan beliau dijadikan tatapan kepada pengunjung perpustakaan. Hasil perbincangan, staf telah mencadangkan untuk dilukiskan Model Paradigma Mekar sebagai mural di dinding pintu masuk utama perpustakaan. Berikut merupakan gambar-gambar semasa projek melukis mural dijalankan.
Tuesday, 18 February 2020
Info Hunt Program Unit Kaunseling IPGKRM
Pihak Perpustakaan Melewar membantu Unit Kaunseling untuk program mereka. Pihak Perpustakaan Melewar telah menyediakan soalan berbentuk pencarian maklumat untuk diselesaikan oleh peserta. Peserta diminta menggunaka OPAC untuk pencarian bahan (buku) dan menyelesaikan tugasan yang diberi.
Thursday, 16 January 2020
'Library Tour' sempena taklimat Unit Pusat Sumber kepada pelajar Kolej GENIUS@pintar Kampus Raja Melewar
Seramai 90 orang pelajar Kolej GENIUS@pintar Kampus Raja Melewar telah melawat Perpustakaan Melewar sempena sesi taklimat Unit Pusat Sumber. Perpustakaan Melewar mengucapkan tahniah kerana terpilih dan selamat datang ke Perpustakaan Melewar.
Friday, 3 January 2020
Buletin Perpustakaan Melewar Vol. 2/2019
Perpustakaan Melewar telah menerbitkan Buletin Melewar Terbitan Dwitahunan Vol.2 2019. Tujuan buletin ini diterbit bagi menghimpunkan laporan-laporan aktiviti dan program yang telah dilaksanakan serta dihadiri sepanjang semester 2/2019.
Subscribe to:
Posts (Atom)