Thursday, 15 August 2013

Minal Aidil Wal Fa'izin



Sempena bulan Syawal yang mulia ini, kakitangan Pusat Sumber IPGKRM mengambil kesempatan menyusun jari memohon ampun dan maaf atas segala khilaf yang terzahir pada perilaku juga batin yang terhijab tanpa disedari. Syawal yang diraikan dengan kemeriahan menjadi lebih bermakna andai disulam kesederhanaan dengan erti kejayaan yang hakiki. Moga setiap ibadah yang dirafa'kan di bulan Ramadhan dapat memberi anjakan paradigma dalam rutin harian kita di sepanjang tahun. Harapan  istiqamah yang didamba menjadi nyata terlaksana pada puncak kecemerlangan iman. Moga tiap ikhtiar, doa dan penyerahan jiwa di sepanjang Ramadhan diterima-Nya. 
Salam Aidil Fitri.

p/s: Berhati-hati di jalan raya.. 
      Biar lambat asalkan selamat..
      Ingatlah orang yang tersayang..

Moga Perjalanan Pulang Ke IPGKRM dipermudahkan.. Amiin 

Wednesday, 10 July 2013

Ramadhan Al Mubarak



Dikesempatan pagi yang mulia ini kami ingin mungucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1434 Hijrah. Sekarang ini kita berada pada hari pertama bulan mulia, bulan yang dirindui, bulan yang dibuat janji untuk mentaati Allah sebanyak-banyaknya, bulan yang amat sesuai untuk kita menambah bekalan serta mengharap keredhaan Allah. 

Ramadhan merupakan penghulu segala bulan, ia adalah bulan yang dipenuhi dan dilimpahi dengan segala keharmonian. Di dalamnya terdapat satu malam yang terlebih baik dari seribu bulan iaitu malam lailatul qodar yang dinantikan. Ramadhon adalah bulan penyucian jiwa dari kesalahan dan dosa-dosa, bulan yang penuh keberkatan, bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya selamat dari api neraka. 


"Dari Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu, Rasulullah saw bersabda "Semua amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, kerana puasa itu untukKu dan Aku akan membalasnya, puasa adalah perisai, jika salah seorang sedang berpuasa, janganlah berkata keji dan meninggikan suara, jika ada yang mencercanya atau memeranginya maka ucapkanlah "Aku sedang berpuasa". Sesungguhnya bau mulut orang yang sedang berpuasa adalah lebih wangi di sisi Allah Azzawajalla daripada bau misk. Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan, jika berbuka mereka gembira, jika bertemu Rabbnya mereka gembira kerana puasa mereka" 

Muttafaq Alaih... 

Ramadhan bulan zuhud bukan bulan bermewah

Menyambut ketibaan bulan-bulan mulia
Menanti ketibaan bulan ramadhan
Puasa ramadhan dan kelebihannya


~MohdAsyraffBinAbdulLatiff~

Friday, 14 June 2013

Kajian Tindakan PGSR 2012

1. Kajian Tindakan PGSR Bahasa Melayu 2012
2. Kajian Tindakan PGSR Bahasa Cina 2012

Selamat Bertugas

Selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada En Asyraf dan En. Faris pelajar praktikal dari UNISEL.

Friday, 18 January 2013

Taklimat Pensyarah Baharu Di LDP.







Satu Taklimat Pensyarah Baharu Telah Diadakan Di LDP Untuk Menerangkan Tentang Kemudahan-Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Disediakan Di Perpustakaan.

Wednesday, 9 January 2013

Lawatan Pensyarah - Pensyarah Baru Ke Perpustakaan













Satu lawatan dari pensyarah - pensyarah baru ke perpustakaan telah diadakan pada 8 januari 2013. Selamat Datang Ke IPG Kampus Raja Melawar.

Monday, 7 January 2013

Selamat Tahun Baharu 2013



SELAMAT TAHUN BAHARU 2013
 
 

Koleksi Buku Nadir

Koleksi Buku Nadir terdiri daripada buku-buku lama yang diterbitkan sebelum 1950an atau jarang didapati. Kebanyakan koleksi ini telah habis cetak dan bernilai tinggi. Perpustakaan IPG Kampus Raja Melewar menyimpan koleksi yang kebanyakannya terdiri daripada pengajaran dalam Bahasa Melayu dan yang berkaitan dengan Pendidikan di Tanah Melayu pada era 1950an. Berikut merupakan sebahagian koleksi yang boleh didapati di ruangan koleksi khas.







Friday, 4 January 2013

e-Form Perpustakaan

e-Form Perpustakaan IPG Kampus Raja Melewar

Semua pengguna perpustakaan kini boleh memuat turun borang secara atas talian. Anda juga digalakkan menghantar email kepada kami untuk tempahan bilik dan cadangan buku  bagi borang LAM PT08-03. Namun begitu salinan asal yang ditandatangani (hardcopy) masih perlu dihantar ke perpustakaan. Email kami: pusatsumberipgkrm@yahoo.com



NO
TAJUK
1.
2.
3.
4.
5.
Borang Keahlian Baru

Saturday, 13 October 2012

Wednesday, 10 October 2012

Pameran Mutiara Kata Pendeta Za'ba

Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan ini satu pameran Mutiara Kata Pendeta Za'ba sedang diadakan di lobi Pusat Sumber.
Tarikh : 8-19 Oktober 2012
Masa: 8.30 am - 5.30 pm
Kepada Semua Yang telah hadir Diucapkan Ribuan Terima Kasih

Tuesday, 9 October 2012

Koleksi Melewar

Koleksi Melewar merupakan pusat simpanan segala hasil penerbitan ilmiah yang diterbitkan daripada jabatan-jabatan dan unit -unit di IPG Kampus raja Melewar. Buat masa ini kami akan memaparkan tajuk-tajuk yang terdapat di dalam sesuatu penerbitan tersebut manakala teks penuh boleh dirujuk di Pusat Sumber. Semua bahan Koleksi Melewar ini telah ditandakan dengan label kuning dan dilengkapi dengan nombor untuk memudahkan pengguna mengakses.


1.  Wacana Pengamal Reflektif  2012. Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Raja Melewar
2.    Keberkesanan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Terhadap Kemampuan Membaca  Murid murid Tahun Satu. IPG Kampus Raja Melewar.
3.   Tinjauan Kefahaman Patriotisme Dalam Kalangan Pelajar Institut Perguruan Kajian Kes di Institut Perguruan  Raja Melewar Seremban, Negeri Sembilan. Nadarajan Marimuthu, Jabatan Ilmu Pendidikan, 2006
4.    Tahap Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru pelatih  KPLI (M) Maktab Perguruan Raja Melewar Sewaktu Menjalani Praktikum. Mohd Aris Bin Othman, Hajah Siti fatihah Binti Abdullah, Hajah Asmah Binti Abd Rahman, Jabatan Kajian Sosial, 2004.

 5.   Jangkaan Pelajar Terhadap Sekolah Yang Mereka Ingini.  Amanah bt Mohd noor, Jamaliah bt hashim, Johari bin Talib,bt. Abdullah Rosaini bt Khalid, Sansinah bt. Hashim, Siti Fatihah bt Abdullah,  2002.
6.  Tahap Kecerdasan Pelbagai Pelajar-Pelajar PraPISMP Di Institut Perguruan Raja Melewar, Seremban. Ravi Balan a/l P. Arumugam, Muniandy a/l Varathan, Palani a/l Krishnasamy, 2007