Tuesday, 28 April 2020

Jom Baca 2020 Peringkat IPGKRM #stayathome #readathome

Jom Baca 2020 peringkat IPGKRM telah diadakan pada 23 April 2020 yang lalu. Walaupun dalam tempoh PKP akibat wabak COVID-19 sedikit pun tidak melunturkan semangat rakyat Malaysia untuk memeriahkan Jom Baca 2020 pada tahun ini. Begitu juga warga kampus IPGKRM yang terus bersemangat untuk menyokong aktiviti pembudayaan membaca. Semua warga IPGKRM yang mengambil bahagian telah menghantar gambar individu, pasangan dan keluarga. Berikut merupakan gambar-gambar pilihan sepanjang program yang dijalankan dna juga video kompilasi Jom Baca 2020.








untuk video yang lebih berkualiti sila layari facebook Perpustakaan Melewar

Thursday, 12 March 2020

CPD - Kursus Pengurusan Pusat Sumber Sekolah GPM 2020: Siri 1/2020







CPD Kursus Pengurusan Pusat Sumber Sekolah GPM 2020 telah diadakan di Balai Ilmu, IPGKRM pada 11 Mac 2020 (Rabu). Kursus ini disertai oleh majoritinya terdiri daripada GPM dari PPD Sepang, Selangor dan beberapa GPM sekitar Seremban. Kursus ini memberikan pendedahan mengenai konsep pengurusan pusat sumber yang meliputi pelbagai aspek yang terdapat dalam instrumen penilaian pusat sumber sekolah. Peserta juga diberi pendedahan kepada beberapa aspek teknikal dalam pengurusan koleksi pusat sumber. Puan Faridah Din dan Encik Mohamad Fadzili Baharin bertindak sebagai penceramah dan dibantu oleh staf Perpustakaan Melewar sebagai fasilitator. Pihak Unit Pusat Sumber turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pembangunan Latihan terutamanya kepada pegawai pengurusan Unit Latihan Dalam Perkhidmatan yang membantu dari awal perancangan CPD sehingga kursus ini tamat dengan jayanya.

Wednesday, 11 March 2020

Kursus Pengurusan Pusat Sumber untuk Jurulatih Utama GPM Negeri Sembilan 2020








Kursus Pengurusan Pusat Sumber untuk Jurulatih Utama GPM Negeri Sembilan 2020 telah diadakan di SSTP Port Dickson pada 9 hingga 11 Mac 2020. Puan Faridah Din dan Encik Mohamad Fadzili Baharin telah dijemput sebagai penceramah pada 9 dan 10 Mac 2020. Program ini juga turut disertai Puan Hamimi dan Encik Khaife selaku fasilitator.

Tuesday, 3 March 2020

Projek Mural Model Paradigma MEKAR

Staf Perpustakaan Melewar telah diamanahkan oleh Tuan Pengarah untuk menjadikan Model Paradigma Mekar yang dihasilkan beliau dijadikan tatapan kepada pengunjung perpustakaan. Hasil perbincangan, staf  telah mencadangkan untuk dilukiskan Model Paradigma Mekar sebagai mural di dinding pintu masuk utama perpustakaan. Berikut merupakan gambar-gambar semasa projek melukis mural dijalankan.





Wednesday, 19 February 2020

Info Hunt Program Unit Kaunseling IPGKRM

Pihak Perpustakaan Melewar membantu Unit Kaunseling untuk program mereka. Pihak Perpustakaan Melewar telah menyediakan soalan berbentuk pencarian maklumat untuk diselesaikan oleh peserta. Peserta diminta menggunaka OPAC untuk pencarian bahan (buku) dan menyelesaikan tugasan yang diberi.





Friday, 17 January 2020

'Library Tour' sempena taklimat Unit Pusat Sumber kepada pelajar Kolej GENIUS@pintar Kampus Raja Melewar




Seramai 90 orang pelajar Kolej GENIUS@pintar Kampus Raja Melewar telah melawat Perpustakaan Melewar sempena sesi taklimat Unit Pusat Sumber. Perpustakaan Melewar mengucapkan tahniah kerana terpilih dan selamat datang ke Perpustakaan Melewar. 

Saturday, 4 January 2020

Buletin Perpustakaan Melewar Vol. 2/2019


Perpustakaan Melewar telah menerbitkan Buletin Melewar Terbitan Dwitahunan Vol.2 2019. Tujuan buletin ini diterbit bagi menghimpunkan laporan-laporan aktiviti dan program yang telah dilaksanakan serta dihadiri sepanjang semester 2/2019.


Saturday, 28 December 2019

Projek Inovasi Perkhidmatan Pesanan & Penghantaran Buku 2020






Pihak Unit Pusat Sumber mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan perkhidmatan bagi memastikan kewujudan perpustakaan adalah relevan dan menyokong aktiviti akademik IPGKRM. Justeru itu, Unit Pusat Sumber melalui kajian, pemerhatian dan perbincangan bersama sejak Mac 2019 telah memutuskan untuk menawarkan perkhidmatan pesanan dan penghantaran buku (door to door). Perkhidmatan ini dijangka dapat mengoptimumkan penggunaan bahan dan koleksi perpustakaan. Perkhidmatan ini juga didatangkan sekali dengan perkhidmatan penghantaran buku melalui gelongsor buku (book drop) yang akan diletakkan diruang lobi pejabat IPGKRM. Perkhidmatan ini akan dilancarkan pada 2 Januari 2020. Sila klik pautan ini D-B-D dan ikut arahan yang diberikan.

Wednesday, 11 December 2019

Aktiviti Pembersihan Bilik Seri Lemak



Sempena cuti sekolah, pihak Unit Pusat Sumber berkesempatan untuk mengadakan aktiviti gotong-royong membersih bilik Seri Lemak di ruang atas bangunan Pusat Sumber. Bilik ini telah lama tidak digunakan kerana beberapa masalah. Unit Pusat Sumber mengambil inisiatif mengadakan gotong-royong untuk membersih dan membaikpulih bilik ini sekadar mampu bagi memaksimumkan penggunaan fasiliti perpustakaan pada tahun hadapan. Sebelum ini, bilik ini hanya dijadikan stor penyimpanan barang dan buku rosak. 

Saturday, 9 November 2019

Majlis Sambutan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Sembilan

Majlis Sambutan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Sembilan telah berlangsung pada 4 November 2019 yang lalu. Pelbagai aktiviti dan program disediakan bagi menyemarakkan sambutan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan. Antaranya, pertandingan deklamasi sajak, syair dan lain-lain lagi. Perpustakaan Melewar bertanggungjawab menyelaras program Baca & Kongsi. Program ini telah disertai oleh pelajar-pelajar sekolah dan pelajar IPGKRM.





Friday, 25 October 2019

Lawatan ke Perpustakaan USIM sempena Library Client's Day 2019








Perpustakaan Melewar telah menghadiri Library Client's day di Perpustakaan USIM pada 23 Oktober yang lalu. Peserta lawatan terdiri daripada Kakitangan Perpustakaan Melewar, Pensyarah dan Pelajar IPGKRM. Banyak pengalaman dan ilmu baru mengenai kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan yang dapat dipelajari sempena lawatan ini.

Monday, 23 September 2019

Kolokium "Scholarly Activities 2019" Anjuran Institut Aminuddin Baki & IPGM





Perpustakaan Melewar telah dijemput sebagai pempamer sempena Kolokium "Scholarly Activities 2019" anjuran Institut Aminuddin Baki & IPGM yang telah diadakan pada 17 hingga 20 September yang lalu. Perpustakaan Melewar mempamer keseluruhan buku-buku hasil penulisan pensyarah-pensyarah dari tahun 2017 hingga 2019.