Monday, 27 May 2019
Saturday, 25 May 2019
Perhimpunan Staf Bil. 2 / 2019
Unit Pusat Sumber telah diberi kepercayaan bersama dengan Unit Praktikum, Unit Peperiksaan dan Unit Latihan Dalam Perkhidmatan IPGKRM untuk menjadi pengelola Majlis Perhimpunan Staf bilangan 2/2019. Ketua Pusat Sumber, Puan Faridah binti Din juga menjadi wakil pengelola untuk menyampaikan ucapan aluan semasa perhimpunan tersebut berlangsung.
Wednesday, 24 April 2019
Wednesday, 17 April 2019
Prapelancaran Dekad Membaca Kebangsaan dan Program Galakan Membaca Read & Share "membaca untuk semua"
Sempena Prapelancaran Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat IPGKRM, Program Galakan Membaca READ & SHARE "membaca untuk semua" telah diadakan pada 16&17 April 2019. Program ini adalah kolaborasi bersama Perpustakaan Negara Malaysia, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Puan Maizan Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia.
Saturday, 6 April 2019
Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019
Lawatan ke PBAKL2019 telah disertai oleh 44 orang peserta terdiri daripada Pensyarah, AKP, Pelatih Industri dan Pelajar IPGKRM. Peserta juga berpeluang menyaksikan Majlis Pelancaran Logo Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia 2020.
Thursday, 28 March 2019
Taklimat PS Digital kepada DINI / TAHFIZ Ambilan Nov 2018
Taklimat kepada pelajar DINI & TAHFIZ seramai 48 orang telah disampaikan oleh Pustakawan IPGKRM, En. Mohamad Fadzili bin Baharin dan dibantu oleh pelatih industri dari UiTM Rembau iaitu Nur Amirah Syafiqah binti Amer Izham dan Nur Dyianna binti Mohd Zin.
Antara penekanan yang diberikan adalah penggunaan e-lib IPG, Blog Perpustakaan IPGKRM dan lain-lain sumber rujukan dalam talian.
Wednesday, 20 March 2019
Buku Resepi Dapur Panas Bonda
Terbitan Pusat Sumber IPG Kampus Raja Melewar
Disusun oleh Puan Faridah Binti Din & Cik Syazwani Izzatie Muhamad Yazid.
Buku versi e-book boleh dimuat turun pada pautan dibawah:
Wednesday, 6 March 2019
Quick Response Quick Reference
Ini adalah satu inisiatif bagi membantu memudahkan penggunaan perkhidmatan dalam talian. QR kod yang dimbas akan memudahkan pengguna menggunakan dengan telefon pintar masing-masing.
QR kod ini akan memudahkan pengguna mengakses web OPAC, eLib IPG, Blok Perpustakaan dan mengisi borang penilaian perkhidmatan perpustakaan.
Friday, 1 March 2019
Bengkel Literasi Maklumat
Bengkel Literasi Maklumat: E-Lib IPG telah disampaikan oleh 2 orang pelatih industri kepada seramai 80 orang pelajar. Bengkel tersebut diadakan selama 2 hari iaitu 26-27 Februari 2019. Bengkel ini amat bermanfaat kepada pelajar guru untuk tujuan penyelidikan dan kajian. Antara pangkalan data yang terdapat dalam e-Lib IPG ialah Emerald, iFocus, UDLIslamic dan ERIC.
Tuesday, 25 December 2018
Tuesday, 17 July 2018
Tuesday, 8 May 2018
Saturday, 28 April 2018
Hari Terbuka Perpustakaan
Hari Terbuka Perpustakaan IPGKRM 2018 dengan
aktiviti:
- Bicara karya
- Pertandingan Deklamasi Sajak
- Pertandingan Bercerita Pra Sekolah
- Lawatan dari Pelajar Sekolah Menengah, Sekolah Rendah dan IPTS
- Perasmian Nama Perpustakaan Melewar
- Jom Baca 10 Minit
- Reruai pelbagai perkhidmatan dan jualan
Saturday, 21 April 2018
Majlis Bacaan Yassin
Majlis Bacaan Yassin, Tazkirah dan Sarapan Pagi di Unit Perpustakaan.
Tajuk Tazkirah: Ujian dan Dugaan
Monday, 27 February 2017
Wednesday, 6 April 2016
SISTEM MASUK PERPUSTAKAAN IPGKRM
Di sini dia sedia panduan bagi mendaftar dalam Sistem Masuk Pengunjung Di Perpustakaan IPGKRM.
Sistem masuk ini merupakan insiatif pihak perpustakaan untuk mendapat data tentang statistik bilangan kemasukan warga IPGKRM ke perpustakaan.Semua warga digalakkan untuk mendaftar di Sistem Masuk terlebih dahulu sebelum memasuki Perpustakaan.
Wednesday, 26 August 2015
MINGGU INTEGRITI IPGKRM
Pada 24 dan 25 Ogos IPG Kampus Raja Melewar telah menyertai Minggu Integriti , sempena minggu tersebut Perpustakaan IPGKRM telah menjemput Agensi-agensi Kerajaan bagi mengadakan pameran . Sebanyak 3 agensi telah mengambil bahagian dalam pameran tersebut iaitu dari Tabung Haji Seremban , Pusat Zakat Negeri Sembilan Dan SPRM Cawangan Negeri Sembilan Darul Khusus.Segala berjalan dengan lancar.
BANNER MINGGU INTEGRITI

BUKU LAWATAN SPRM CAWANGAN SEREMBAN







TABUNG HAJI SEREMBAN
PUSAT ZAKAT CAWANGAN NEGERI SEMBILANSPRM CAWANGAN SEREMBAN












Subscribe to:
Posts (Atom)


































