Friday 27 December 2019

Projek Inovasi Perkhidmatan Pesanan & Penghantaran Buku 2020






Pihak Unit Pusat Sumber mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan perkhidmatan bagi memastikan kewujudan perpustakaan adalah relevan dan menyokong aktiviti akademik IPGKRM. Justeru itu, Unit Pusat Sumber melalui kajian, pemerhatian dan perbincangan bersama sejak Mac 2019 telah memutuskan untuk menawarkan perkhidmatan pesanan dan penghantaran buku (door to door). Perkhidmatan ini dijangka dapat mengoptimumkan penggunaan bahan dan koleksi perpustakaan. Perkhidmatan ini juga didatangkan sekali dengan perkhidmatan penghantaran buku melalui gelongsor buku (book drop) yang akan diletakkan diruang lobi pejabat IPGKRM. Perkhidmatan ini akan dilancarkan pada 2 Januari 2020. Sila klik pautan ini D-B-D dan ikut arahan yang diberikan.

Tuesday 10 December 2019

Aktiviti Pembersihan Bilik Seri Lemak



Sempena cuti sekolah, pihak Unit Pusat Sumber berkesempatan untuk mengadakan aktiviti gotong-royong membersih bilik Seri Lemak di ruang atas bangunan Pusat Sumber. Bilik ini telah lama tidak digunakan kerana beberapa masalah. Unit Pusat Sumber mengambil inisiatif mengadakan gotong-royong untuk membersih dan membaikpulih bilik ini sekadar mampu bagi memaksimumkan penggunaan fasiliti perpustakaan pada tahun hadapan. Sebelum ini, bilik ini hanya dijadikan stor penyimpanan barang dan buku rosak. 

Friday 8 November 2019

Majlis Sambutan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Sembilan

Majlis Sambutan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Sembilan telah berlangsung pada 4 November 2019 yang lalu. Pelbagai aktiviti dan program disediakan bagi menyemarakkan sambutan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan. Antaranya, pertandingan deklamasi sajak, syair dan lain-lain lagi. Perpustakaan Melewar bertanggungjawab menyelaras program Baca & Kongsi. Program ini telah disertai oleh pelajar-pelajar sekolah dan pelajar IPGKRM.





Thursday 24 October 2019

Lawatan ke Perpustakaan USIM sempena Library Client's Day 2019








Perpustakaan Melewar telah menghadiri Library Client's day di Perpustakaan USIM pada 23 Oktober yang lalu. Peserta lawatan terdiri daripada Kakitangan Perpustakaan Melewar, Pensyarah dan Pelajar IPGKRM. Banyak pengalaman dan ilmu baru mengenai kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan yang dapat dipelajari sempena lawatan ini.

Sunday 22 September 2019

Kolokium "Scholarly Activities 2019" Anjuran Institut Aminuddin Baki & IPGM





Perpustakaan Melewar telah dijemput sebagai pempamer sempena Kolokium "Scholarly Activities 2019" anjuran Institut Aminuddin Baki & IPGM yang telah diadakan pada 17 hingga 20 September yang lalu. Perpustakaan Melewar mempamer keseluruhan buku-buku hasil penulisan pensyarah-pensyarah dari tahun 2017 hingga 2019.

Friday 30 August 2019

Pesta Buku IPG 2019

Pesta Buku IPG 2019 telah berlangsung di IPG Kampus Pulau Pinang dari 26-29 Ogos yang lalu. PBI 2019 diadakan bersekali dengan Persidangan Penyelidikan & Inovasi Pendidikan Peringkat Kebangsaan. YB Dr. Maszlee Malik telah menyempurnakan majlis perasmian pada 27 Ogos 2019.  

IPGKRM telah memenangi beberapa kategori dalam pertandingan yang dianjurkan sempena Persidangan Penyelidikan & Inovasi Pendidikan Peringkat Kebangsaan & PBI 2019.

Perpustakaan Melewar telah mendapat "Naib Johan" dalam kategori Pameran terbaik keseluruhan.





Tuesday 6 August 2019

Bengkel Kerja Pelaksanaan Perolehan Perisian Anti-Plagiat

Bengkel ini telah berlangsung dari 5 hingga 7 Ogos 2019. Bengkel ini juga menyediakan kertas kerja menaiktaraf sistem perpustakaan. Bengkel telah dihadiri oleh Pustakawan Pengurusan IPGM, Ketua Pusat Sumber dan Pustakawan IPG Kampus Perempuan Melayu, Ketua Pusat Sumber, Pegawai Teknologi Maklumat dan Pustakawan IPG Kampus Raja Melewar, Pustakawan IPG Kampus Pendidikan Islam, Pustakawan IPG Kampus Sarawak dan Pegawai Perpustakaan Negara Malaysia. Turut serta dalam bengkel ini ialah wakil vendor.










Friday 2 August 2019

Karnival Pendidikan Kerjaya & Inovasi IR 4.0 Peringkat Kebangsaan

Pada 31 Julai & 1 Ogos yang lalu, IPGKRM telah menganjurkan Karnival Kerjaya & Inovasi IR 4.0 Peringkat Kebangsaan. Antara program dan aktiviti yang dijalankan ialah pameran kerjaya, pameran inovasi, pameran agensi-agensi kerajaan dan korporat serta seminar adat pepatih dengan kerjasana Perbadanan Muzium Negeri Sembilan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. Unit Pusat Sumber turut sama menjayakan karnival ini selaku jawatankuasa pameran agensi kerajaan dan korporat.










Saturday 20 July 2019

Buletin Perpustakaan Melewar Terbitan Dwitahunan Vol.1 2019

Perpustakaan Melewar telah menerbitkan Buletin Melewar Terbitan Dwitahunan Vol.1 2019. Tujuan buletin ini diterbit bagi menghimpunkan laporan-laporan aktiviti dan program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun.



Sunday 30 June 2019

Pertandingan Dapur Panas 2019

Pertandingan Dapur Panas 2019 anjuran Pusat Sumber & Unit Kemahiran Hidup Jabatan Sains Sosial, IPGKRM bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan telah berlangsung pada 26 Jun 2019 yang lalu. Seramai 13 kumpulan iaitu 26 peserta telah mengambil bahagian. Bertemakan 'Makanan Sihat Tradisional Negeri Sembilan' telah menampilkan masakan-masakan yang amat menyelerakan. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah IPGKRM, Dr. Hj. Nizam bin Abd Latib.








Friday 24 May 2019

Perhimpunan Staf Bil. 2 / 2019









Unit Pusat Sumber telah diberi kepercayaan bersama dengan Unit Praktikum, Unit Peperiksaan dan Unit Latihan Dalam Perkhidmatan IPGKRM untuk menjadi pengelola Majlis Perhimpunan Staf bilangan 2/2019. Ketua Pusat Sumber, Puan Faridah binti Din juga menjadi wakil pengelola untuk menyampaikan ucapan aluan semasa perhimpunan tersebut berlangsung.