Monday 11 December 2023

Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Selangor pada 6 Disember 2023

 








Pada 6 Disember 2023 Unit Pusat Sumber IPGKRM telah berkunjung ke Pesta Buku Selangor yang telah berlangsung pada 1 hingga 10 Disember 2023. Terima kasih kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan atas sumbangan peruntukan untuk pembelian buku-buku Perpustakaan Melewar.

Tuesday 28 November 2023

Lawatan Penanda Aras Pusat Sumber dari Sekolah Menengah Sains Rembau (SEMESRA) ke IPGKRM pada 23 November 2023















Pada 23 November 2023 seramai 42 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Sains Rembau (SEMESRA)  telah membuat lawatan penanda aras ke Unit Pusat Sumber IPGKRM. Pelajar2 yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber sekolah SEMESRA telah diberikan taklimat mengenai Perpustakaan Melewar, lawatan ke Pusat Rujukan Peradapan dan Penyelidikan Ketamadunan Adat Perpatih Sedunia (PRADAKAPS) dan Unit Pengrusan Stress (SMC) IPGKRM .

Tuesday 5 September 2023

Program Busking Merdeka di Puncak Bukit Taisho




Pada 6 September 2023 (Rabu) telah berlangsung Program Busking Merdeka di Puncak Bukit Taisho Bahau sempena sambutan Bulan Kemerdekaan 66 tahun IPGKRM anjuran UPS. Disertai 4 staf dan 27 pelajar IPGKRM. Sebanyak 7 lagu patriotik telah dinyanyikan beramai-ramai secara busking..

Tahniah kepada peserta yg berjaya menawan puncak setinggi 330meter dan menzahirkan rasa cinta akan negara dengan nyanyian bersemangat. Peserta mengharapkan program sebegini dapat diadakan pada masa akan datang.

Thursday 31 August 2023

Malam Ambang Merdeka - Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2023

 




Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2023 diteruskan dengan Malam Ambang Merdeka yang diadakan pada 30 Ogos 2023, bermula pada jam 9.00 malam. Program ini diserikan dengan pertunjukan pelita panjut dan tayangan wayang pacak untuk membangkitkan suasana nostalgia kepada generasi baharu. Kemeriahan malam tersebut juga dapat dirasakan dengan kehadiran pelajar-pelajar yang memakai pakaian tradisional mengikut suku kaum masing-masing. Malam tersebut diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu  patriotik dan pertunjukan bunga api menandakan 66 tahun Malaysia telah merdeka.

Thursday 13 July 2023

Hari Terbuka Pusat Sumber 2023 #HTPS2023

 




Hari Terbuka Pusat Sumber 2023 (HTPS2023) telah diadakan pada 12 Julai 2023 yang lalu. HTPS2023 telah dirasmikan oleh YB. Dato'  Dr. Mohamad Rafie bin Ab. Malek, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, Kerajaan Negeri Sembilan.  

Program dimulakan dengan slot resensi buku yang disampaikan oleh Dr. Wan Ali Akbar bin Wan Abdullah pada jam 8.30 pagi. Beliau mengupas perjalanan penulisan buku yang bertajuk Inovasi Pendidikan Islam - Inspirasi dan Transformasi. Program diteruskan lagi dengan Pertandingan Open Stage yang disertai oleh sekolah-sekolah yang terpilih. Persembahan terdiri daripada pelbagai jenis seperti nyanyian, bercerita, pidato dan wushu. 

Seterusnya, Majlis Perasmian Hari Terbuka Pusat Sumber 2023 dan Pelancaran Portal Pusat Rujukan Peradaban & Penyelidikan Ketamadunan Adat Perpatih Sedunia (PRADAKAPS) berlangsung pada jam 11.30 pagi. Majlis perasmian dimulakan dengan ketibaan tetamu kehormat, nyanyian lagu Negaraku, deklamasi sajak oleh Pn. Hjh. Ratna Laila binti Shahidin yang bertajuk Tiada Yang Ada, bacaan doa dan diserikan lagi dengan persembahan nyanyian oleh pelajar IPG Kampus Raja Melewar. Setelah itu, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah IPG Kampus Raja Melewar, Encik Mohamad Zaidi bin Ishak dan deklamasi sajak yang bertajuk Anugerah Ukhuwah oleh Encik Amran bin Bakar. Sejurus selepas itu, berlangsungnya tayangan video dan pelancaran buku Laungan Puitis di Puncak Bukit Kepayang dan Tempur. Majlis diteruskan dengan agenda yang dinanti-nanti iaitu ucapan perasmian oleh YB Dato' Dr. Mohamad Rafie bin Ab. Malek.

YB Dato' Dr. Mohamad Rafie bin Ab. Malek. menyempurnakan gimik perasmian Hari Terbuka Pusat Sumber 2023 dan Pelancaran Portal Pusat Rujukan Peradaban & Penyelidikan Ketamadunan Adat Perpatih Sedunia (PRADAKAPS). Perasmi juga telah menyempurnakan penyampaian cenderamata kepada agensi dan pempamer dalam program ini dan acara terakhir yang berlangsung ialah kejutan sempena hari lahir beliau.  Seterusnya, tetamu kehormat dibawa berkunjung ke galeri PRADAKAPS dan menjamu selera di Bilik Biduanda sebelum merakamkan gambar kenangan. 

Thursday 15 June 2023

Penyerahan Buku Hasil Penulisan Pelajar


Perpustakaan Melewar menerima 2 judul buku baharu hasil penulisan pelajar IPGKRM iaitu Njng Ezzlyn Zakaria dan Nur Ain Rabiatul Farraliza M. Kasim dibawah selian pensyarah Pn Hjh Roslimah Saat. Semoga menjadi inspirasi kepeda pelajar lain untuk menulis dan menerbitkan buku. serta bukubuku yang telah terbit dapat dimanfaatkan oleh warga IPGKRM

Wednesday 31 May 2023

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023





Pada 31 Mei 2023 (Rabu) seramai 21 Pensyarah dan Staf bersama 39 orang Pelajar IPGKRM telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (KLIABF2023) yang berlangsung di World Trade Centre KL.

Program dianjurkan bagi mendekatkan warga IPGKRM dengan Kota Buku KL disamping mendapatkan naskah-naskah bacaan terkini daripada pelbagai pembekal dari dalam dan luar negara.
Pada KLIBF2023 kali ini KPM telah terpilih sebagai Kementerian Tamu, Sarawak sebagai Negeri Tamu manakala Cina sebagai Negara Tamu.

Thursday 18 May 2023

Jom Baca 10 Minit Bersama Si Cilik




Pada 18 Mei 2023 (Khamis) telah berlangsung Program Jom Baca Bersama 10 minit serentak seluruh negara. Perpustakaan Melewar turut bersama menganjurkannya bersama Anak-anak Pra Sekolah Melewar di Book Garden UPS dengan beberapa pengisian seperti sesi bercerita, perongsian bahan bacaan kanak-kanak dan penyampaian cenderahati. Turut sama membaca 10 minit ialah pensyarah dan staf IPGKRM di lokasi sendiri. Tahniah dan terima kasih diucapkan kpada staf UPS dan Guru serta Pembantu Murid Pra Sekolah Melewar yang telah membantu menjayakan program ini. Tidak lupa para pensyarah dan staf IPGKRM yang membaca buku sendiri.

Tuesday 21 February 2023

Lawatan Penanda Aras Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn



Unit Pusat Sumber IPGKRM telah menerima kunjungan daripada Unit Pusat Sumber IPGK Tun Hussein Onn. Kunjungan ini merupakan Lawatan Penanda Aras bagi staf UPS, Pensyarah dan Pelajar IPGK Tun Hussein Onn. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti Taklimat Perpustakaan daripada En. Mohamad Fadzili (Pustakawan IPGKRM), lawatan ke PRADAKAPS, SMC (aktiviti terapi), Studio Melewar dan sekitar Unit Pusat Sumber

Tuesday 14 February 2023

Kunjungan Hormat Ke Perpustakaan Negara Malaysia

Unit Pusat Sumber IPGKRM telah mengadakan kunjungan hormat ke Perpustakaan Negara Malaysia di Kuala Lumpur. Kunjungan ini adalah bagi menyatakan hasrat kerjasama dalam beberapa program dan berkongsi idea dan pandangan untuk memajukan Perpustakaan Khusus Gunasama (PKG) di IPGKRM Kunjungan diketuai En. Mohd Affandi Abu (KUPS) En. Mohamad Fadzili Baharin (Pustakawan) dan Pn. Fauziah Daud (Pembantu Pustakawan Kanan) manakala PNM diwakili Pn. Mayumi binti Ahmat, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan.

Monday 9 January 2023

Selamat Datang Encik Maniwanan ke UPS dan Terima Kasih Puan Khatijah

 




Memulakan tahun 2023, UPS telah menerima staf En. Maniwanan yang bertukar dari Unit Fasiliti menggantikan Puan Khatijah Shafiei yang bertukar ke Unit Percetakan. Selamat bertugas di UPS kepada En. Maniwanan dan terima kasih Pn. Khatijah atas sumbang bakti selama bertugas di UPS.