Friday 27 December 2019

Projek Inovasi Perkhidmatan Pesanan & Penghantaran Buku 2020






Pihak Unit Pusat Sumber mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan perkhidmatan bagi memastikan kewujudan perpustakaan adalah relevan dan menyokong aktiviti akademik IPGKRM. Justeru itu, Unit Pusat Sumber melalui kajian, pemerhatian dan perbincangan bersama sejak Mac 2019 telah memutuskan untuk menawarkan perkhidmatan pesanan dan penghantaran buku (door to door). Perkhidmatan ini dijangka dapat mengoptimumkan penggunaan bahan dan koleksi perpustakaan. Perkhidmatan ini juga didatangkan sekali dengan perkhidmatan penghantaran buku melalui gelongsor buku (book drop) yang akan diletakkan diruang lobi pejabat IPGKRM. Perkhidmatan ini akan dilancarkan pada 2 Januari 2020. Sila klik pautan ini D-B-D dan ikut arahan yang diberikan.

Tuesday 10 December 2019

Aktiviti Pembersihan Bilik Seri Lemak



Sempena cuti sekolah, pihak Unit Pusat Sumber berkesempatan untuk mengadakan aktiviti gotong-royong membersih bilik Seri Lemak di ruang atas bangunan Pusat Sumber. Bilik ini telah lama tidak digunakan kerana beberapa masalah. Unit Pusat Sumber mengambil inisiatif mengadakan gotong-royong untuk membersih dan membaikpulih bilik ini sekadar mampu bagi memaksimumkan penggunaan fasiliti perpustakaan pada tahun hadapan. Sebelum ini, bilik ini hanya dijadikan stor penyimpanan barang dan buku rosak.