Thursday 24 May 2012

Kursus Pendigitan Bahan 2012

Satu bengkel pendigitan bahan sumber maklumat telah diadakan pada 23 Mei 2012. Bengkel ini telah diadakan di Bilik Biduanda Pusat Sumber IPGKRM. Bengkel selama 3 jam ini telah disampaikan oleh En. Fuad dan En. Huzaifah  iaitu Pensyarah dari Jabatan Tenologi Pendidikan.
Selama 3 jam peserta yang terdiri daripada staf Pusat Sumber telah ditunjukkan cara-cara mengendalikan bahan dan peralatan untuk membuat imbasan (scan) dengan betul. Antara objektif utama bengkel ini adalah untuk menyimpan bahan pusat sumber dalam bentuk pdf dan memudahkan pengguna mengakses bahan tersebut dengan cepat dan mudah.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.